SHAH ALAM – Seramai 15,000 pelajar Universiti Malaya (UM) yang bakal kembali ke kampus pada Oktober ini akan menerima bantuan kredit tunai RM300 daripada MR D.I.Y. menerusi Program #DIY4UM untuk membantu mereka membeli barangan keperluan.

Ketua Pegawai Eksekutif MR D.I.Y. Group (M) Berhad, Adrian Ong berkata, program #DIY4UM itu melibatkan pengedaran bantuan tunai sebanyak RM4.5 juta yang dilaksanakan dengan usaha sama Touch ‘n Go melalui platform eWalletnya.





TUJUAN BANTUAN #DIY4UM

Program ini bertujuan untuk :

1. Membantu pelajar membuat persiapan kembali ke kampus dengan lancar. Pembukaan semula kampus adalah satu perkara yang penting untuk pelajar universiti.

2. Memastikan mereka dilengkapi dengan barangan keperluan dari segi perlindungan diri dan juga untuk pembelajaran agar mereka kekal selamat semasa memberi tumpuan terhadap pengajian masing-masing.



KADAR BANTUAN

Bantuan kredit tunai yang akan diberikan daripada MR D.I.Y adalah sebanyak :

  • RM300

Bantuan tunai itu akan diberikan kepada pelajar melalui Touch ‘n Go eWallet menerusi tiga kali bayaran sebanyak RM100 pada 1 dan 30 November dan 30 Disember.



GOLONGAN SASARAN

MR. DIY akan menyalurkan bantuan tunai ini kepada : 

  • Para pelajar di UM


Pelajar juga bakal menikmati promosi pulangan tunai eksklusif sebanyak RM10 apabila mereka membuat perbelanjaan minimum sebanyak RM20 di cawangan-cawangan jenama MR D.I.Y. Group, platform e-dagang www.mr.diy.com.my atau melalui mini program MR D.I.Y yang boleh didapati pada Touch ‘n Go eWallet.



CARA PERMOHONAN

Bagi membuktikan pelajar mempunyai e-wallet Touch ‘n Go yang sah, semua pelajar di UM hanya perlu mendaftar secara dalam talian bermula 3 Oktober 2021 melalui :

  • Portal Maya UM 


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Touch ‘n Go Group, Effendy Shahul Hamid berkata, program itu adalah sebahagian daripada usaha sama strategik di antara MR D.I.Y dan Touch ‘n Go yang dimeterai pada Julai tahun ini.


Semoga inisiatif ini akan dapat meringankan beban para pelajar apabila mereka kembali ke kampus kelak.