Menurut Belanjawan 2021 yang dibentangkan tempoh hari oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata pihak kerajaan telah bersetuju untuk menambah baik kebajikan dengan menaikkan kadar bantuan warga emas daripada RM350 kepada RM500.

Bantuan Orang Tua/Warga Emas (BOT) adalah merupakan bantuan wang ringgit sebanyak RM500 sebulan yang diberikan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada warga emas bagi meneruskan kelangsungan hidup dalam masyarakat untuk tahun 2021.




KADAR BANTUAN

Kadar bantuan yang akan diberikan kepada warga emas yang layak adalah sebanyak RM500.



SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
  • Berumur 60 tahun ke atas
  • Tidak mempunyai sumber pendapatan untuk menyara hidupnya
  • Tiada ahli keluarga atau mempunyai ahli keluarga yang tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Tidak tinggal di mana-mana institusi yang diseliakan oleh JKM
  • Tidak tinggal di pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.



CARA PERMOHONAN

Permohonan dan juga semakan status permohonan Bantuan Orang Tua boleh dibuat secara talian dan menghubungi/menghadirkan diri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berhampiran.


Permohonan Bantuan Secara Talian

1. Layari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di :
2. Klik DAFTAR PERMOHONAN
3. Pilih NEGERI pemohon.
4. Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN pemohon.
5. Klik DAFTAR.
6. Isikan MAKLUMAT PENDAPATAN seperti yang diminta.
7. Isikan MAKLUMAT KEPERLUAN BULANAN.
8. Klik KEPUTUSAN.


Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon perlu membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian.


Senarai Dokumen Sokongan Bantuan Warga Emas/BOT
  • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan(jika bekerja sendiri)
  • Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

Sila ambil maklum bahawa pemohon dikehendaki hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah mana yang mohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas online. Sekiranya anda gagal ke pejabat JKM, sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.



MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi pihak JKM di :

Talian  : 03 - 8000 8000 
Emel : helpdesk.ebantuan@jkm.gov.my