
Bakul Prihatin Negara merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik Covid-19 bagi memastikan masyarakat dapat meneruskan kelangsungan hidup.
Semua rakyat Malaysia bagi setiap keluarga layak untuk memohon Bakul Prihatin Negara sekiranya terjejas pendapatan sepanjang pandemik Covid-19.
BACA JUGA : BANTUAN KOMPUTER RIBA AKAN DIAGIHKAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH SEHINGGA OKTOBER INI!
BARANGAN ASAS DALAM BAKUL PRIHATIN NEGARA
Setiap Bakul Prihatin Negara dengan jumlah RM50 akan mempunyai lapan (8) barangan seperti berikut:
- Beras 5kg
- Gula 1kg
- Tepung 2kg
- Bihun 400gm
- Kicap 650ml
- Sardin 230gm
- Biskut
- Kopi
- Garam
KAEDAH PERMOHONAN
Permohonan boleh dilakukan menerusi 4 kaedah seperti berikut:
1. Hubungi Bilik Gerakan JKM Negeri
2. Hubungi Talian Kasih di talian 15999 atau WhatsApp ke 019 261 5999
3. Hubungi Media Sosial Rasmi KPWKM atau JKM)
4. Hubungi Pemimpin Tempatan/ Setempat
BORANG PERMOHONAN BANTUAN
Pemohon boleh muat turun borang permohonan Bakul Prihatin Negara JKM di bawah:
Pemohon akan menerima Bakul Prihatin Negara dalam tempoh 24 jam selepas permohonan. Namun begitu, penghantaran bergantung kepada hari bekerja, jumlah permohonan harian, jarak dan bentuk muka bumi.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan permohonan Bakul Prihatin Negara, sila boleh hubungi Talian Kasih di talian 15999 atau WhatsApp ke 019 261 5999

0 Comments