Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan melalui PEMERKASA bahawa golongan B40 akan menerima bantuan tunai secara one off sebanyak RM500 sementara penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) berpendapatan RM1,000 ke bawah akan menerima bayaran tambahan sebanyak RM500 mulai Jun ini.

Beliau juga memaklumkan bahawa bantuan melibatkan peruntukan RM1.2 bilion kepada 2.4 juta penerima itu adalah antara inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bagi membantu golongan kehilangan pendapatan.






KADAR BANTUAN

  • Bantuan RM500 one-off kepada golongan B40 yang hilang pendapatan
  • Bayaran tambahan RM500 kepada penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah


GOLONGAN LAYAK

1. Penerima yang berumur 21 tahun hingga 60 tahun

2. Daripada golongan B40

3. Kehilangan punca pendapatan

4. Penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah



CARA MEMOHON BANTUAN

Bantuan RM500 secara one off tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan.


Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).