Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah diamanahkan untuk memberi bantuan kepada golongan yang terjejas. Terdapat pelbagai jenis bantuan yang telah diwujudkan dan salah satunya adalah Bantuan Am Persekutuan (BA) yang diberikan kepada golongan miskin serta tidak berkemampuan.

Untuk makluman, Bantuan Am Persekutuan ini adalah merupakan salah sebuah inisiatif daripada pihak kerajaan yang bertujuan untuk membantu meringankan beban yang dihadapi oleh golongan kurang berkemampuan. 





KADAR BANTUAN

Kadar bantuan yang akan diberikan adalah berjumlah :


1. RM100 sebulan seorang

2. RM350 sebulan sekeluarga.


Tempoh bantuan yang diberikan adalah selama 12 bulan ataupun setahun sahaja.



SYARAT KELAYAKAN


1. Warganegara Malaysia

2. Memiliki pendapatan bulanan sebanyak RM930 di Semenanjung Malaysia, RM990 di Sabah dan Sarawak dan RM1,170 di Wilayah Persekutuan Labuan berdasarkan pendapatan bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

3. Merupakan keluarga miskin ataupun golongan yang memerlukan dan tidak menerima sebarang bantuan.
 

Bantuan akan diberikan kepada kumpulan sasar atau keluarga miskin yang tidak menerima bantuan lain dari JKM.
 


CARA PERMOHONAN


1. Para pemohon boleh melakukan permohonan dengan mengisi salah satu borang berikut yang disertakan di bawah:



2. Sediakan dokumen sokongan

  • Salinan MyKad Pemohon
  • Salinan MyKad suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada) 
  • Serta lain-lain dokumen yang berkaitan.

Pihak pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat akan melakukan siasatan serta penilaian terlebih dahulu setelah permohonan diterima dan didaftarkan. Hal ini adalah bertujuan untuk mengesahkan setiap permohonan adalah memenuhi syarat yang telah ditetapkan.