Kepada anak-anak yang bakal masuk sekolah tahun hadapan. Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) bagi ahli TAWAS yang bakal masuk ke tahun 1 tahun 2021 akan berlangsung tidak lama lagi.

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) diuruskan oleh YAWAS terbuka kepada anak-anak kelahiran Negeri Selangor yang memenuhi syarat. Permohonan juga boleh dilakukan sebelum anak berusia 3 tahun.







SEMAKAN PROGRAM BANTUAN MASUK SEKOLAH 2022

Semakan ini hanya untuk ahli TAWAS yang lahir pada tahun 2014 sahaja. Semakan boleh dibuat di laman web berikut:



Sila hubungi pusat tuntutan bantuan untuk maklumat lanjut.

  • Tuntutan bantuan hanya boleh dibuat di pusat yang telah ditetapkan
  • Bawa MyKid/ kad TAWAS sewaktu hadir
  • Tidak dibenarkan menghantar wakil mengambil bantuan bagi pihak anak anda


KEMASKINI MAKLUMAT

Kemaskini boleh dilakukan di laman sesawang berikut:


Ahli TAWAS sedia ada diminta untuk kemaskini maklumat nombor telefon, alamat dan kawasan program pilihan bagi mengelakkan terlepas sesi agihan bantuan yang akan datang. 


Rakyat Selangor yang merupakan BUKAN ahli TAWAS boleh buat pendaftaran ahli secara online di pawas.yawas.my



MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi TAWAS di alamat dan talian berikut:

PUSAT PENDAFTARAN (PROJEK TAWAS) :
Yayasan Warisan Anak Selangor,
Aras 5, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan


Tel: 03 5481 8800