Jawatan Terkini. Tawaran ini adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi permohonan kekosongan jawatan di Jabatan Kerja Raya (JKR) 2021.

Kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan, sila baca dan fahami dengan teliti kehendak bakal majikan sebelum memohon.

Akan dikongsikan maklumat-maklumat berkaitan dengan tawaran kekosongan jawatan dibawah.






MAKLUMAT JAWATAN

Arkitek Gred J41

Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda
Bilangan Kekosongan : 8
Bilangan Simpanan : 10
Tarikh Tutup Permohonan: 16 Ogos 2021



CIRI-CIRI KEPERIBADIAN

  • Keterampilan yang baik
  • Semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
  • Bakat kepimpinan
  • Ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  • Kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan


SYARAT KELAYAKAN


1. Warganegara Malaysia

2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

3. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

4. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengan pengiktirafan Bahagian II oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada insitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya



CARA BUAT PERMOHONAN


Langkah 1

Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my

Sila daftar terlebih dahulu sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9.


Langkah 2

Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon


Langkah 3

Pergi ke bahagian Ijazah. Pilih jawatan Arkitek Gred J41 di bahagian pilihan jawatan. Klik +Tambah.

*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja. 


Langkah 4

Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya


Langkah 5

Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.


Langkah 6

Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.


SEMOGA BERJAYA!



IKLAN RASMI JAWATAN

Iklan Rasmi Jawatan :  imej.spa.gov.my