PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan potongan 70 peratus kepada semua saman yang boleh dikompaun, termasuk yang disenarai hitam sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-64, mulai esok.

Tawaran pengurangan saman itu dibuat bagi meringankan beban rakyat, berikutan kemelut ekonomi yang melanda segenap lapisan masyarakat ekoran pandemik COVID-19. Potongan pembayaran saman itu bagaimanapun tidak membabitkan kes yang masih dalam sebutan mahkamah, termasuk yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan.






TEMPOH TAWARAN POTONGAN

Tawaran potongan itu akan berlangsung pada :

  • 18 Ogos 2021 hingga 16 September ini.


SENARAI SAMAN YANG DIBERIKAN DISKAUN JPJ 70%

Berikut adalah semakan tawaran pengurangan saman JPJ 70% diberikan kepada semua saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah :

  • Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333)
  • Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334)
  • Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta
  • Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah dibawahnya,
  • termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.
  • Tawaran ini turut diberikan kepada semua saman-saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuatkuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh yang dinyatakan sebentar tadi.


CARA BAYARAN

Berikut adalah cara bayaran:

1. Bayaran boleh dibuat dengan mengemukakan salinan saman JPJ (P) 22 dengan jumlah bayaran.

2. Bagi saman yang ada Notis PG1, Laporan PG2 hendaklah disertakan bersama saman JPJ (P) 22 dan jumlah bayaran.

3. Bayaran boleh dibuat secara tunai.

4. Bayaran boleh juga dibuat melalui Wang Pos/Bank Draf setelah kadar kompaun diketahui.

5. Bayaran saman boleh dibuat melalui perkhidmatan eservices.



Namun, JPJ memaklumkan, bagi pesalah lalu lintas yang disenarai hitam, mereka dikehendaki hadir semula ke pejabat JPJ (cawangan atau negeri), bagi tujuan proses dokumentasi semula, sebelum sebarang urusan pembayaran dapat dilakukan.