Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka permohonan jawatan Konstabel Polis Gred YA1 kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. 

Bagi calon yang telah berjaya menghantar permohonan adalah dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan tarikh-tarikh penting yang dikeluarkan. Semakan status kelayakan untuk menduduki  ujian temu duga lisan boleh dibuat pada bulan ini!





TARIKH SEMAKAN KELAYAKAN

Tarikh semakan status kelayakan bagi calon yang telah buat permohonan jawatan Konstabel Polis Gred YT1 tahun 2021 bermula pada:

  • 23 Ogos hingga 20 September 2021


CARA SEMAKAN STATUS

Bagi semua calon yang telah menduduki Ujian Integriti SPiER-PDRM pada tahun 2021 dikehendaki untuk log in di Sistem e-Pengambilan PDRM seperti berikut :


1. Sila layari laman web :  epengambilanpdrm.rmp.gov.my

2. Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan sebelum ini

3. Klik di Semakan Status Permohonan dan klik Semak untuk ketahui status panggilan Eksesais Temu Duga Lisan


Kepada calon yang tersenarai dan berjaya mendapat panggilan hendaklah menyediakan dokumen-dokumen yang dinyatakan dalam Surat Panggilan Temu Duga Lisan.


Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi talian help desk di 03 2266 8348/ 8350/ 8351.