Program Jaringan Prihatin telah diumumkan di dalam Belanjawan 2021 dengan peruntukan asal RM1.5 bilion untuk membantu sekitar 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) melalui penyediaan subsidi bagi langganan perkhidmatan telekomunikasi atau pembelian peranti mudah alih.

Mengambil kira jumlah keluarga B40 yang mempunyai anak, terutamanya yang bersekolah, RM500 juta telah ditambah di bawah pakej bantuan PEMERKASA yang diumumkan Mac lalu, menjadikan nilai program ini RM2.0 bilion. Selain itu, syarikat- syarikat telekomunikasi juga akan menawarkan faedah tambahan terutamanya data tambahan percuma bernilai RM1.5 bilion. Ini menjadikan faedah keseluruhan program ini berjumlah RM3.5 bilion kepada penerima-penerima BPR.





TARIKH PENDAFTARAN

Sebelum ini, tarikh pendaftaran telah ditetapkan pada 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2021.

Namun, pihak kerajaan telah membuat keputusan untuk melanjutkan tempoh pendaftaran sehingga :

  • 30 September 2021


SENARAI SYARIKAT TELEKOMUNIKASI

Terdapat dua belas (12) syarikat telekomunikasi yang terlibat di Malaysia, iaitu :
  • Celcom
  • Digi
  • Maxis
  • Mcalls
  • redONE
  • speakOUT
  • Tune Talk
  • U Mobile
  • unifi Mobile
  • XOX Mobile
  • YES
  • Yoodo



PAKEJ DITAWARKAN MENGIKUT KATEGORI

1. Mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan ditawarkan subsidi:

  • RM300 : Bantuan untuk pakej peranti, atau
  • RM15 : Bantuan pelan data bulanan selama 12 bulan


2. Tidak mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan ditawarkan subsidi:

  • RM180 : Bantuan untuk pakej peranti, atau
  • RM15 : Bantuan pelan data bulanan selama 12 bulan.


Nota:

Hanya satu tuntutan dibenarkan bagi setiap individu atau isi rumah yang layak (disahkan melalui nombor kad pengenalan). Jika anda mempunyai dua (2) nombor mudah alih, anda hanya boleh memilih satu (1) nombor mudah alih yang akan menerima tuntutan subsidi tersebut.



CARA PENDAFTARAN

Berikut adalah laman sesawang rasmi syarikat komunikasi yang menyertai Program Jaringan Prihatin. Sila daftar dengan mana-mana syarikat komunikasi mengikut pilihan masing-masing. 



Penerima tidak boleh:

  • Menebus subsidi Jaringan Prihatin lebih daripada sekali sebulan.
  • Memindahkan subsidi kepada pihak ketiga atau ditukar kepada bentuk tunai.
  • Menerima subsidi secara pro rata dalam sesuatu bulan.
  • Memilih masa pembayaran subsidi dibuat. Secara umum, penebusan akan berlaku dalam bulan kalendar yang sama. Walau bagaimanapun, masa pembayaran yang tepat mungkin berbeza antara syarikat telekomunikasi yang berbeza dan antara pelan prabayar dan pasca bayar.

Nota : Sila rujuk kepada laman sesawang syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat terperinci Program Jaringan Prihatin.