
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya Akademi Pengajian Islam (KKUM API) sentiasa mengambil berat mahasiswa APIUM mengenai isu kebajikan pendidikan mahupun apa sahaja perihal kampus yang membebankan.
Oleh itu, satu inisiatif telah diambil dengan melancarkan Skim Bantuan ODL kepada mahasiswa APIUM bagi memastikan kelancaran sesi pembelajaran pada semester akan datang.
BACA JUGA : MOHON BANTUAN PERANTI DAN PELAN DATA INTERNET RM300 UNTUK SETIAP ISI RUMAH SEHINGGA BULAN SEPTEMBER INI!
INISIATIF KOMPUTER RIBA APIUM
Mahasiswa yang layak akan mendapat bantuan dalam bentuk:
- Komputer Riba
SYARAT KELAYAKAN
1. Merupakan mahasiswa APIUM
2. Sedang meneruskan pengajian di APIUM
3. Dapat tawaran kemasukan ke APIUM
4. Pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah
5. Lengkapkan borang permohonan online yang disediakan
CARA PERMOHONAN
Kepada mahasiswa yang berminat untuk memohon bantuan komputer riba, sila buat permohonan secara atas talian di laman web berikut :
Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan permohonan Inisiatif Komputer Riba APIUM, sila terus ke laman Facebook Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya – Akademi Pengajian Islam.

0 Comments