
PUTRAJAYA: Kerajaan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu i-Citra dengan 12.6 juta ahli boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.
KWSP telah mengeluarkan kenyataan bahawa ahli KWSP yang telah membuat permohonan pengeluaran i-Citra sebelum ini boleh membuat semakan status permohonan secara online bermula hari ini.
TARIKH PERMOHONAN I-CITRA KWSP
Kepada yang belum membuat permohonan i-Citra KWSP, sila buat pengeluaran sebelum tarikh tutup iaitu:
- 30 September 2021
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN I-CITRA
Ahli pencarum boleh membuat semakan status permohonan masing-masing ke laman web berikut:
TARIKH BAYARAN I-CITRA BULAN OGOS
Bayaran i-Citra akan dikreditkan secara berperingkat bermula :
- 2 Ogos 2021
Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh 1 – 3 HARI BEKERJA bergantung kepada prosedur bank.

SEMAK TARIKH BAYARAN i-CITRA DAN JUMLAH PENGELUARAN BULANAN
Pemohon boleh semak tarikh bayaran i-Citra dan jumlah pengeluaran melalui i-Akaun (Ahli).
1. Log masuk ke i-Akaun KWSP
2. Masukkan USER ID dan klik NEXT
3. Masukkan PASSWORD dan klik NEXT
4. Klik WITHDRAWAL
5. Di bahagian kiri, klik WITHDRAWAL HISTORY
6. Seterusnya klik di paparan yang ada tulis i-Citra
Tarikh bayaran dan amaun bulanan yang dirkreditkan akan dipaparkan
0 Comments