PUTRAJAYA: Kerajaan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu i-Citra dengan 12.6 juta ahli boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.

KWSP telah mengeluarkan kenyataan bahawa ahli KWSP yang telah membuat permohonan pengeluaran i-Citra sebelum ini boleh membuat semakan status permohonan secara online.





TARIKH PERMOHONAN I-CITRA KWSP

Permohonan i-Citra KWSP telah dibuka pada:

  • 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021


TARIKH SEMAKAN STATUS 

  • mulai 16 Julai 2021


SEMAKAN STATUS PERMOHONAN I-CITRA

Ahli pencarum boleh membuat semakan status permohonan masing-masing dengan langkah berikut:


1. Pergi ke laman icitra.kwsp.gov.my

2. Klik SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan, Nombor Telefon, tick pada kota Saya Buka Robot dan klik SEMAK STATUS


Status permohonan anda akan dipaparkan