
GKP atau Geran Khas Prihatin adalah bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang tidak menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) menerusi perutusan khas, setiap perusahaan mikro dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang layak akan menerima bantuan one-off sebanyak RM1,000.
Penerima GKP 1.0 dan 2.0 diminta untuk mengemaskini maklumat akaun bank bagi kes kes tertentu untuk memudahkan proses penerimaan GKP Tambahan tidak lama lagi.
TEMPOH KEMASKINI AKAUN BANK
Penerima Geran Khas Prihatin 1.0 dan 2.0 perlu mengemaskini maklumat akaun bank pada :
- 15 Julai hingga 31 Julai 2021
PENERIMA YANG PERLU KEMASKINI
Penerima yang perlu kemaskini maklumat akaun bank bagi penerimaan GKP Tambahan adalah :
- Akaun bank bagi permohonan GKP 1.0 dan GKP 2.0 Tidak Aktif
- Status pembayaran GKP 1.0 DAN 2.0 adalah Gagal Kredit
NOTA :
- Maklumat akaun bank perlulah akaun bank simpanan peribadi atau akaun bank semasa peribadi pemohon
- Pastikan nombor akaun bank masih Aktif
TARIKH PEMBAYARAN GKP 3.0
Pembayaran Pemerkasa GKP 3.0 akan disalurkan bermula :
- 12 Julai 2021
CARA PERMOHONAN RAYUAN
Berikut merupakan langkah-langkah untuk mebuat permohonan rayuan :
- Sila layari portal rasmi GKP melalui gkp.hasil.gov.my
- Klik LOG MASUK
- Masukkan ID pengguna dan klik SEMAK
- Sahkan kod keselamatan dan klik YA
- Masukkan kata laluan dan klik LOG MASUK
- Klik Butang Permohonan Rayuan
- Pilih jenis dokumen sokongan dan nama dokumen sokongan yang diperlukan untuk dimuat naik dan klik UPLOAD
- Klik BERSETUJU pada ruang perakuan pemohon sekiranya bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan
- Klik HANTAR PERMOHONAN RAYUAN
CARA KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN BANK
Berikut merupakan langkah-langkah kemaskini akaun bank :
- Sila layari portal rasmi GKP melalui gkp.hasil.gov.my
- Klik LOG MASUK
- Masukkan ID pengguna dan klik SEMAK
- Sahkan kod keselamatan dan klik YA
- Masukkan kata laluan dan klik LOG MASUK
- Klik Menu Kemas Kini Akaun Bank
- Masukkan nombor akaun bank yang aktif
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi :
Talian : 03 8911 1000 / 1100
Emel : gkp@hasil.gov.my
Layari pautan : maklumbalaspelanggan.hasil.gov
0 Comments