SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menyalurkan bantuan khairat kematian sebanyak RM1,000 bagi kematian disebabkan Covid-19. Sebanyak 1,500 keluarga bakal menerima manfaat daripada inisiatif itu dengan keseluruhan peruntukan berjumlah RM1.5 juta.


Pejabat Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dalam satu kenyataan memaklumkan, bantuan itu selaras dengan inisiatif Pakej Kita Selangor 2.0.





KADAR BANTUAN COVID-19

Setiap pemohon yang layak akan menerima bantuan sebanyak:

  • RM1,000 

Penyaluran bantuan akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun bank waris dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan sekiranya maklumat permohonan yang diterima adalah lengkap. 



TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan boleh dilakukan sepanjang tempoh berikut: 

  • 12 Julai hingga 12 Ogos 2021

Tertakluk sehingga jumlah peruntukan habis



SYARAT PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon (waris terdekat) dan yang meninggal dunia merupakan anak kelahiran negeri Selangor dan menetap di negeri Selangor atau bermastautin di negeri Selangor melebihi 10 tahun. 
  • Disahkan meninggal dunia berpunca daripada Covid-19 oleh hospital/klinik kesihatan kerajaan atau pusat perubatan berdaftar dan dinyatakan secara jelas dalam surat kematian. 
  • Meninggal dunia di negeri Selangor
  • Meninggal dunia pada tahun 2021 dan ke atas sahaja 
  • Terhad hanya kepada satu permohonan bagi satu keluarga. 



CARA PERMOHONAN

Kepada waris yang ingin mendapatkan bantuan yang ditawarkan boleh melakukan permohonan melalui laman web beikut:


Waris hendaklah memastikan segala keterangan dan dokumen yang dikemukakan adalah benar, sahih dan tepat. Pihak kerajaan negeri berhak untuk membatalkan permohonan sekiranya didapati maklumat dan dokumen yang dikemukakan adalah tidak benar atau melanggar syarat permohonan. 



MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai bantuan ini anda boleh terus menghubungi talian hotline 24 jam di 1-800-22-6600