KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bil elektrik antara lima hingga 40 peratus mengikut kadar penggunaan elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam (kWj) bagi meringankan beban perbelanjaan bulanan rakyat.

Perdana Menteri berkata melalui pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), diskaun itu berkuat kuasa bagi tempoh tiga bulan mulai bil bulan depan. Secara keseluruhan, rakyat akan mendapat diskaun berjumlah RM346 juta.





TEMPOH PERMOHONAN DISKAUN 

Rakyat akan mendapat diskaun berjumlah 346 juta ringgit yang berkuatkuasa bagi tempoh tiga bulan bermula :

  • pada bulan Julai 2021



KADAR DISKAUN BIL ELEKTRIK

Diskaun bil elektrik akan diberikan seperti berikut :


1. Penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt jam sebulan

  • 40% diskaun 


2. Penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt jam sebulan

  • 15% diskaun



SEKTOR EKONOMI YANG TERLIBAT 

  • pengendali hotel
  • taman-taman tema
  • pusat konvensyen
  • pusat beli-belah
  • pejabat syarikat pelancongan tempatan serta
  • agensi pengembaraan dan pelancongan


Perdana Menteri mengumumkan pelanjutan diskaun bil elektrik bermula Oktober hingga Disember 2021 ini membabitkan sektor ekonomi tertentu yang terjejas. Dengan pemberian diskaun elektrik kepada pengguna domestik dan bukan domestik ini, kerajaan akan menanggung kos tambahan sebanyak RM1 bilion