KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memberikan Geran Khas Prihatin (GKP) sebanyak RM1,500 melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa PLUS).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, berkata pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP. Kerajaan memutuskan pemberian GKP 3.0 sebanyak RM1,000 kepada lebih sejuta peniaga mikro untuk memastikan kelangsungan perniagaan mereka, khususnya dalam menguruskan aliran tunai masing-masing.




KADAR BANTUAN GKP TAMBAHAN 

Telah diumumkan bahawa kadar bantuan GKP akan ditambah sebanyak RM500 yang menjadikan jumlah tersebut :

  • Sebanyak RM1,500



TARIKH BAYARAN BANTUAN GKP

Pembayaran RM1,500 akan diberikan secara berperingkat kepada peniaga bermula pada :


1. Fasa Pertama 

Pertengahan bulan Jun : RM1,000


2. Fasa Kedua

Bulan Julai : RM500



SEMAKAN STATUS KELULUSAN

Sila buat semakan status kelulusan di laman web berikut :


Pihak kerajaan berharap dengan bantuan ini dapat membantu meringankan beban peniaga-peniaga kecil menghadapi kesusahan sepanjang tempoh PKP ini dilaksanakan.