Kepada golongan yang mempunyai pendapatan rendah ataupun disebut sebagai golongan B40 akan menerima skim perlindungan sebanyak RM 8000 bagi 45 penyakit kritikal yang telah disenaraikan.

Untuk makluman, pihak kerajaan telah menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat Mysalam melalui Tabung Amanah MySalam.




KELAYAKAN MYSALAM 2021

MySalam layak diterima oleh;


1. Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :
  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.


2. Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :
  • Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.


MANFAAT SKIM MYSALAM

Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal.

Pendapatan Elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50  sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana Hospital Kerajaan, Hospital Tentera dan Hospital Universiti.



SEMAKAN STATUS KELAYAKAN MYSALAM 2021
  • Masukkan nombor kad pengenalan
  • Tekan butang semak
  • Status kelayakan akan dipaparkan samaada anda layak atau tidak



PROSES TUNTUTAN MYSALAM B40 2021

Terdapat dua kaedah untuk membuat tuntutan MySalam 2021 iaitu :


Tuntutan melalui atas talian

1. Sila layari portal 
2. Sekiranya anda belum mendaftar, pastikan anda klik di bahagian log masuk kali pertama untuk mendaftar. Sekiranya telah mendaftar boleh log masuk seperti biasa. Jika anda terlupa kata laluan, anda boleh menghubungi talian bantuan MySalam untuk reset kata laluan anda

3. Seterusnya, kemas kini maklumat yang diminta, muat naik dokumen yang diperlukan dan klik hantar

4. Tunggu keputusan tuntutan anda



Tuntutan secara manual

1. Kunjungi mana-mana kiosk MySalam

2. Pastikan anda membawa bersama Salinan kad pengenalan, borang Annex 14&17

3. Serahkan dokumen tersebut pada pegawai bertugas untuk dimasukkan ke dalam sistem



MAKLUMAT LANJUT 

Sebarang persoalan, sila hubungi no tel mySalam seperti di bawah;

Telefon : 1-300-88-8938
Email : info@mysalam.com.my