Disebabkan kes Covid-19 semakin meningkat hari demi hari di seluruh negara Malaysia sehingga mencecah hampir 9,000 orang terkena jangkitan positif covid-19, maka Perbadanan Labuan mewujudkan Bantuan Kit Makanan bagi membantu mengurangkan beban B40 yang dikuarantinkan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Bantuan ini bertujuan untuk membantu mereka daripada golongan B40 dalam aspek bantuan makanan ketika mereka sedang dikuarantin. Bantuan Kit Makanan akan disalurkan melalui Perbadanan Labuan kepada keluarga-keluarga yang berkelayakan.





TARIKH PERMOHONAN

Permohonan bantuan ini telah dibuka kepada orang ramai mulai 26 Mei 2021 iaitu pada hari Rabu.



SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia.
  • Keluarga daripada golongan B40.
  • Terjejas akibat kuarantin.
  • Permohonan mestilah dibuat daripada Keluarga Isi Rumah (KIR).



JENIS BANTUAN YANG DISEDIAKAN

  • Beras
  • Minyak Masak
  • Tepung
  • Gula
  • dan lain lain



CARA PERMOHONAN

Sila rujuk langkah-langkah berikut untuk membuat permohonan:

  • Pemohon perlu membuat panggilan ditalian 087-408758
  • Setelah itu, maklumkan kepada urusetia mengenai permohonan Bantuan Kit Makanan.
  • Berikan maklumat yang diperlukan kepada pihak urusetia.
  • Pemohon yang layak akan menerima bantuan ini yang disalurkan terus ke rumah pemohon.


Nota :

Panggilan hanya boleh dibuat bermula pada pukul jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang sahaja.