Pihak Kerajaan melalui Program eBelia akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun ewallet untuk menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai dalam kalangan belia kita pada hari ini.

Melalui pengumuman PEMERKASA yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin 2 hari lalu, program eBelia ini adalah merupakan salah satu program yang bakal ditambah baik daripada yang terdahulu.








JUMLAH BANTUAN E-WALLET

Dalam Belanjawan 2021 sebelum ini, ia telah dinaikkan kepada RM100. Manakala jumlah bantuan terkini yang diumumkan melalui PEMERKASA adalah :
  • Sebanyak RM 150


TARIKH PENGKREDITAN E-WALLET

Pengkreditan e-wallet 2021 akan dilakukan bermula pada :
 
  • 1 Jun 2021 sehingga 22 Julai 2021



GOLONGAN SASARAN E-WALLET BELIA

Program eBelia ini dikhususkan untuk 2 golongan sasaran berikut iaitu:

  • Golongan belia berusia antara 18 hingga 20 tahun
  • Pelajar pendidikan tinggi sepenuh masa

Bantuan akan memanfaatkan dua juta orang dengan peruntukan RM300 juta.



SENARAI PENYEDIA PERKHIDMATAN E-TUNAI

  • BigPay
  • Boost
  • ShopeePay
  • Touch 'n Go eWallet


CARA BUAT PERMOHONAN 

  • Sila muat turun aplikasi TNG e-Wallet/Boost/BigPay/ShopeePay
  • Sila isi maklumat peribadi anda dengan lengkap
  • Sila pastikan anda membuat verifikasi akaun mengikut arahan
  • Akhir sekali, sila tunggu pengkreditan e-wallet dan sekiranya anda layak pengkreditan akan dibuat ke akaun anda. 


INFO RASMI