
Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah memperkenalkan skim iaitu Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid-19 (SPUR) untuk membantu individu atau usahawan yang Bumiputera yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Untuk makluman, matlamat pelaksanaan SPUR adalah untuk membantu individu Bumiputera yang ingin atau telah menceburi bidang perniagaan yang terkesan ekoran penularan pandemik COVID-19.
BACA JUGA : BPR 2021 : PERSOALAN MENGENAI STATUS 'TIDAK LULUS' BPR FASA KEDUA TETAPI 'LULUS' BPR FASA PERTAMA
OBJEKTIF PELAKSANAAN SPUR
Antara objektif pelaksanaan SPUR oleh PUNB adalah seperti berikut
- Meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan.
- Menyediakan kemudahan dari aspek kewangan dan pembangunan keusahawanan.
- Memastikan usahawan dan perniagaan Bumiputera kekal berdaya saing dan berdaya tahan.
- Mempergiat aktiviti perniagaan dan meningkatkan ekonomi.
MANFAAT SPUR
- Kursus dan latihan yang akan disediakan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan usahawan dalam bidang pengurusan kewangan, pemasaran, tadbir urus korporat dan pengurusan am.
- Usahawan berpeluang untuk menjalankan perniagaan mereka (jika ada) dengan kadar sewaan hartanah PUNB yang kompetitif
- Ibra’ (rebat) sehingga 50% daripada jumlah pembiayaan diberikan kepada pembayar pembiayaan yang baik (tertakluk kepada terma dan syarat)
MAKLUMAT PEMBIAYAAN
1. Jumlah pembiayaan
- RM50 ribu hingga RM100 ribu
2. Kadar keuntungan
- 3.5% setahun (berdasarkan kadar baki bulanan)
3. Tempoh pembiayaan
- Sehingga 66 bulan (termasuk 6 bulan moratorium)
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan bagi memohon SPUR PUNB:
- Bumiputera yang telah hilang pekerjaan akibat penyusutan ekonomi ekoran penularan wabak Covid-19
- Berumur 18 hingga 55 tahun
Syarat Perniagaan
Selain syarat kelayakan, pemohon juga perlu memenuhi syarat perniagaan iaitu:
- Warganegara Malaysia
- Perniagaan sepenuh masa
- Perniagaan patuh Syariah
- Jenis perniagaan peruncitan/ pemborongan/ pembuatan dan kejuruteraan
- Telah memulakan perniagaan atau beroperasi sekurang-kurangnya mulai Mac 2020
- Perniagaan jenis entiti milikan tunggal/ perkongsian/ Perkongsian Liabiti Terhad (PLT)/ Sendirian Berhad
CARA BUAT PERMOHONAN
Kepada usahawan yang berminat, sila layari laman web berikut untuk membuat permohonan dengan pembiayaan yang ditawarkan :
Dokumen sokongan
Berikut merupakan senarai dokumen sokongan yang diperlukan :
1. Perniagaan yang telah beroperasi
- Surat/bukti pemberhentian kerja.
- Rancangan Perniagaan (pemohon perlu mengisi maklumat diperlukan semasa permohonan).
- Salinan kad pengenalan (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham).
- Gambar berukuran pasport (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham).
- Penyata akaun bank bagi tempoh 3 bulan dari tarikh terkini (penyata akaun bank individu/akaun gaji ketika membuat permohonan).
- Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terkini
- Penyata akaun transaksi perniagaan atau rekod jualan perniagaan bagi tempoh 3 bulan.
- Lesen perniagaan dari majlis/lesen khas/perjanjian sewa premis perniagaan dan lesen lain yang berkaitan.
- Pendaftaran syarikat:
- Bagi pendaftaran Enterpris, sila sertakan Borang D (Milikan
- Tunggal/Perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP).
- Bagi perniagaan Sendirian Berhad, sila sertakan Borang 9,24,44,49,32A,M&A atau seksyen 17,78,46(3),58 (Sdn Bhd), 105, perlembagaan atau yang setara.
2. Perniagaan yang baru beroperasi
Salinan kad pengenalan (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham).
Surat/bukti pemberhentian kerja.
Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terkini
Penyata akaun individu/akaun gaji bagi tempoh 3 bulan dari tarikh terkini.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan atau permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUNB di
- Talian : 1300-13-7862
- Emel : customerservice@punb.com.my
0 Comments