Bantuan Prihatin Rakyat diperkenalkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerusi pembentangan Belanjawan (Bajet) Malaysia 2021. BPR merupakan inisiatif bantuan tunai bersasar yang akan memanfaatkan golongan B40 iaitu sebanyak 8.4 juta penerima yang layak dengan peruntukan RM1.93 bilion. 

Semua pemohon yang layak akan menerima bayaran BPR Fasa 2 masing-masing bermula pada 7 Mei 2021 sehingga 17 Mei 2021 ini secara berperingkat. Kini, Fasa 2 BPR memanfaatkan jumlah penerima yang sama merangkumi 3.6 juta isi rumah, 1.0 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.8 juta individu bujang yang melibatkan peruntukan berjumlah RM2.75 bilion.

Dibawah akan dijelaskan mengenai persoalan status permohonan BPR Fasa Kedua 2021 yang 'TIDAK LULUS'.





PERSOALAN STATUS BPR FASA 2 'TIDAK LULUS'

1. Pihak LHDN telah membuat tapisan secara lebih terperinci berkenaan kelayakan pemohon. Hanya pemohon yang benar-benar layak dan memenuhi syarat kelayakan sahaja akan diberi kelulusan.


2. Permohonan BPR 2021 yang layak menerima bayaran fasa kedua adalah merujuk kepada :

  • Permohonan BPR 2021 berstatus LULUS dan MELEPASI SEMAKAN bertifikasi kelayakan



PUNCA BAYARAN BPR FASA 2 TIDAK LULUS

Antara punca bayaran BPR Fasa 2 adalah :

  • 05 - Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan
  • 12 - Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham/Pengarah Syarikat/Perkongsian Liabiliti Terhad
  • 31 - Status perkahwinan perlu pengesahan
  • 36 - Pemohon/pasangan adalah penerima GKP
  • 39 - Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan


CARA BUAT PERMOHONAN RAYUAN BPR 2021

Permohonan rayuan BPR 2021 yang akan dibuka bermula pada 15 Jun 2021 nanti, boleh dibuat melalui laman web berikut :



TARIKH PERMOHONAN RAYUAN BPR

Tempoh tarikh permohonan rayuan bantuan BPR 2021 akan dibuka pada :

  • 15 Jun 2021 hingga 30 Jun 2021

Dengan adanya proses ini, sebahagian daripada mereka yang telah ditolak permohonannya masih diberi peluang untuk mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM bagi memastikan program BPR disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak.