Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) merupakan inisiatif terbaharu kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) menerusi perutusan khas, setiap perusahaan mikro dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang layak akan menerima bantuan one-off sebanyak RM1,000.





GERAN KHAS PRIHATIN 3.0

GKP atau Geran Khas Prihatin adalah bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang tidak menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.



JUMLAH BANTUAN GERAN KHAS PRIHATIN 3.0

Setiap perusahaan mikro dan PKS yang layak akan menerima bantuan one-off sebanyak RM1,000



SYARAT KELAYAKAN GKP

Pemohon yang ingin memohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti:

  • Pemohon bukan penerima GKP sebelum ini.
  • Pemohon iaitu pemilik PKS mikro terbabit mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon masih lagi aktif menjalankan perniagaan dan perniagaan belum ditutup.
  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan perniagaan pemohon adalah kurang daripada RM300,000.
  • Jumlah pekerja sepenuh masa yang ada di dalam perniagaan adalah tidak melebihi 5 orang dan tidak termasuk pemilik perniagaan.


Syarat Lain :

Syarat lain yang ditetapkan adalah berdaftar dengan beberapa agensi yang berkaitan seperti:

  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.



CARA MEMOHON BANTUAN GKP

Pemohon boleh membuat permohonan bermula 01 April 2021 melalui laman web :

Permohonan secara tidak manual tidak diterima.



MAKLUMAT LANJUT 

Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut tentang permohonan GKP 3.0 RM1000, sila hubungi :

  • Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/603-8911 1100 (Luar Negara).