Kepada usahawan sektor informal yang memerlukan bantuan pembiayaan, anda kini boleh memohon inisiatif daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Nasional iaitu Skim Pembiayaan Informal (SPIN).

SPIN telah dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 21 Disember tahun lalu yang bermatlamat untuk memberikan manfaat kepada 10,000 usahawan sektor informal di seluruh negara.







SKIM PEMBIAYAAN INFORMAL (SPIN)

Skim Pembiayaan Informal ( SPIN ) adalah pembiayaan kepada usahawan yang tiada lagi  Pendaftaran Perniagaan ( SSM ) atau lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 

Antara objektif SPIN ini adalah untuk:
  • Membantu usahawan yang baru memulakan perniagaan tanpa berdaftar perniagaan atau lesen perniagaan dalam kesukaran masa pandemik Covid-19


KADAR PEMBIAYAAN

Usahawan yang layak boleh mendapatkan pembiayaan SPIN yang ditawarkan dengan kadar:

  • Antara RM1,000 dan RM5,000


TEMPOH BAYARAN BALIK

Tempoh bayaran balik Skim Pembiayaan Informal (SPIN) yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Tempoh bayaran balik: 3 tahun
  • Kadar keuntungan: 4% setahun


SYARAT KELAYAKAN SPIN

Berikut merupakan kriteria bagi permohonan Skim Pembiayaan Informal (SPIN) :

  • Warganegara Malaysia
  • Bumiputera dan Masyarakat India yang mempunyai perniagaan sah
  • Mempunyai bukti perniagaan
  • Semua jenis perniagaan yang sah disisi undang-undang dan patuh syariah adalah layak mohon

Menurut TEKUN, pihaknya tidak letak banyak syarat bagi memudahkan urusan permohonan usahawan yang memerlukan bantuan. SPIN juga menggalakkan usahawan untuk mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM bagi membolehkan mereka membuat pembiayaan secara ulangan.



CARA MOHON PEMBIAYAAN SPIN TEKUN

Usahawan yang tidak berdaftar SSM dan PBT yang berminat untuk dapatkan pembiayaan SPIN yang ditawarkan oleh TEKUN ini,  sila buat permohonan dengan melengkapkan borang permohonan yang disediakan oleh pihak TEKUN.


Pemohon boleh berhubung dengan pegawai di pejabat cawangan TEKUN yang berhampiran untuk mengemukakan permohonan bersama borang permohonan yang telah lengkap diisi.

Nota: 
Proses kelulusan dalam masa 7 hari bekerja. (Tertakluk pada terma dan syarat)

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian Khidmat Pelanggan di 03-90588550 atau layari laman web di www.tekun.gov.my