Tarikh Permohonan : 11 JANUARI 2021
Dokumen Sokongan : Perlu Disetakan
Permohonan ini hanya dikhaskan bagi ahli seperti di bawa :
Ahli yang mengalami Pengurangan pendapatan Keseluruhan sebanyak 30% dan keatas (Jumlah gaji pokok termasuk bayaran lain seperti elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 MAC 2020
INFO PENTING :
Jika dokumen berkaitan tidak dapat dikemukakan dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan
1.Apa Itu Dokumen Sokongan ?
Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan & Notis pemberhentian atau pemotongan elaun atau tuntutan kerja lebih masa. Rujuk cara hantar dokumen sokongan dibawah :

- Langkah Pertama

- Langkah Kedua

- Langkah Ketiga

2. Apakah kriteria untuk saya memohon i-Sinar?
KATEGORI 2 :
Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.
Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
- Dokumen sokongan lain yang berkaitan seperti penyata bank.
3. Bila dan bagaimanakah saya boleh memohon i-Sinar?
- Sekiranya anda tergolong dalam Kategori 1, anda boleh mula memohon pada 21 Disember 2020.
- Bagi anda yang tergolong dalam Kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.
- Permohonan i-Sinar hanya secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my
4. Apakah perkara penting yang perlu saya lakukan sebelum memohon i-Sinar?
- Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
- Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:
- Masih aktif
- Milik anda
- Bukan akaun bersama
- Pastikan urusan pendaftaran nombor telefon bimbit anda di kios atau cawangan KWSP dirancang sebaik mungkin.
- KWSP sentiasa mengamalkan SOP yang ketat sepanjang tempoh pandemik ini sebagai langkah-langkah penting untuk menjaga kesihatan dan keselamatan ahli.
5. Bagaimanakah caranya saya boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 saya?
Anda boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 secara online melalui aplikasi atau portal i-Akaun atau cawangan atau kios KWSP yang terdekat.
BACA JUGA : LANGKAH-LANGKAH MEMOHON i-SINAR KWSP SECARA ONLINE
6. Bila dan bagaimanakah pembayaran i-Sinar saya akan dibuat?
- Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.
- Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
- Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
- Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.
7. Berapakah amaun kelayakan i-Sinar?

Amaun kelayakan i-Sinar adalah berdasarkan baki simpanan Akaun 1 Ahli seperti berikut:
8. Adakah saya perlu membayar semula amaun i-Sinar yang dikeluarkan?
Anda tidak perlu membayar semula.
9. Jika saya telah memohon Pengeluaran i-Lestari, bolehkah saya memohon i-Sinar?
Boleh. Anda yang sedang menerima bayaran bulanan Pengeluaran i-Lestari juga boleh memohon i-Sinar.
0 Comments