SKIM PERUMAHAN BELIA : BSN MYHOME-I | SYARAT KELAYAKAN DAN CARA PERMOHONAN

Pasangan belia yang berkahwin dan berumur antara 25 hingga 40 tahun serta belum memiliki rumah pertama boleh membuat permohonan bagi Skim Perumahan Belia BSN (Youth Housing Scheme YHS)

Objektif utama Skim Perumahan Belia BSN diperkenalkan adalah bagi membantu pasangan suami-isteri yang berumur antara 25-40 tahun dan memperoleh pendapatan tidak melebihi RM10,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka
Skim Perumahan Belia adalah insentif oleh kerajaan Malaysia dan BSN (Bank Simpanan Nasional) dengan kerjasama pintar kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Cagamas

Namun skim SPB 2020 terhad dan ditawarkan kepada 20,000 unit rumah sahaja berdasarkan konsep ‘siapa cepat dia dapat’ – sama seperti skim MyDeposit.

Tarikh Permohonan

Dibuka : 1 Januari 2020

Ditutup : 31 Disember 2021



Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia berumur 25 – 40 tahun
  2. Bujang/telah berkahwin dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi Rm10,000 sebulan
  3. Hanya untuk pemilikan hartanah pertama sahaja
  4. Permohonan secara perseorangan atau secara bersama
  5. Memiliki bukti pembelian/pemilikan hartanah
  6. Pemegang akaun BSN Giro/Giro-i

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN (PEMOHON BERGAJI + PASANGAN SHJ) :

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Salinan sijil nikah yang sah
  3. Slip gaji 3 bulan terkini (bagi permohonan tunggal, suami/isteri pemohon pelu mengemukan satu Salinan slip gaji terkini)
  4. Penyata bank 3 bulan terkini
  5. Slip gaji dan penyata bank 6 bulan terkini (pendapatan lain)
  6. Penyata KWSP

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN (PEMOHON BEKERJA SENDIRI+ PASANGAN SHJ) :

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Salinan sijil nikah yang sah
  3. Pendaftaran syarikat SSM
  4. Boring B/BE + Resit LHDN
  5. Penyata kewangan syarikat
  6. Penyata bank syarikat untuk 6 bulan
  7. Dokumen lain seperti laporan lawatan tapak dan sebagainya

Klik sini untuk borang permohonan skim perumahan belia BSN 

Baca Juga : Baucar RM200 untuk Beli Barangan Elektrik Di Shopee