Kepada seluruh ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak-anak yang berumur sekitar 18 tahun kebawah, anda boleh memohon Bantuan Kanak-kanak 2021 (BKK) yang berjumlah sehingga RM1000 Sebulan untuk 1 keluarga.

Seterusnya, Kanak-kanak merupakan aset dan modal insan negara yang harus dijaga dengan sempurna kerana mereka adalah bakal pemimpin suatu hari nanti. Mereka adalah pewaris masa hadapan kita dan merekalah orang yang akan membanggakan kita suatu hari nanti. Oleh itu, atas keprihatinan Kerajaan melalui Belanjawan 2021, Kementerian telah memperuntukkan sejumlah dana bagi membantu golongan kanak-kanak tersebut.

Sebelum ini, bagi bantuan kanak-kanak keluarga miskin, sebleum ini sebanyak RM100 diperuntukan bagi seorang kanak-kanak dengan kadar maksimum RM450 sekeluarga sebulan. Untuk artikel ini, KAMI  akan memberi tunjuk ajar kepada ibubapa/penjaga cara untuk memohon bantuan ini dengan mudah dan diterima.

Kadar bantuan 2021 adalah seperti berikut:
  • Kanak-kanak 6 tahun ke bawah : RM200 Sebulan
  • Kanak-kanak 7 tahun – 18 tahun : RM150 Sebulan
  • Dengan kadar maksimum RM1,000 sekeluarga untuk sebulan.
  • Satu keluarga yang berkelayakan boleh dapat bantuan sehingga RM12,000.00 setahun.

Syarat Kelayakan Permohonan :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Isi rumah pendapatan keluarga/ penjaga kanak-kanak tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinina (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  3. Untuk kes-kes yang tertentu atau yang berkeperluan, boleh dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
  4. Kanak-kanak yang berumur 18 dan ke atas boleh dipertimbangkan jika masih bersekolah.

Langkah  Dan Cara Memohon Bantuan :

Terdapat 2 Cara Memohon : 

Secara Online

  1. Pergi ke pautan rasmi berikut : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
  2. Klik “Daftar Permohonan Atas Talian”.
  3. Pilih Negeri & isikan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
  4. Klik Daftar.
  5. Penuhkan setiap maklumat peribadi yang diperlukan.
  6. Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat di kawasan yang berhampiran dengan  anda dalam tempoh 14 hari dari permohonan online yang telah dibuat.
  7. Bawa sekali dokumen yang berkaitan.

Secara Manual

  1. Pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat yang terdekat dengan kawasan anda.
  2. Hantar borang & dokumen yang berkaitan.

Dokumen Yang Diperlukan :

  • Salinan MyKad kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan MyKad Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan Kad OKU (Jika ada)
  • Salinan penyata pendapatan atau surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
  • Bil Utiliti – (air/ elektrik/ telefon/ astro)

Borang Permohonan JKM :

  • JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) (Klik Sini)
  • Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 (Klik Sini)

Maklumat Lanjut :

Jika terdapat sebarang kemusykilan atau sebarang masalah, sila hubungi :

Telefon : 03-8000 8000

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya.

Semoga Berjaya dalam permohonan bantuan Kanak-kanak & Keluarga ini. Sila FORWARDKAN & Share artikel ini kepada saudara-mara anda yang memerlukannya. Terima Kasih.