Bantuan KWSP Sehingga RM5,000 Jika Berlaku Kematian @ Hilang Upaya
Info penting kepada ahli KWSP. Ambil tahu & fahami dengan jelas hak kita sebagai ahli KWSP.
Perhatian kepada ahli KWSP...
Tahukah anda jika berlaku kematian @ hilang upaya, ahli berhak menuntut bantuan dari KWSP sebanyak RM5,000 untuk kematian & RM2,500 untuk hilang upaya.
Jika berlaku kematian, waris boleh tuntut bantuan kematian berjumlah RM5,000 dari KWSP. Bantuan ini bukan sebahagian dari wang simpanan KWSP ahli tapi dari KWSP sendiri atas rasa simpati kepada ahli keluarga/waris si mati.
Syarat untuk tuntutan bantuan kematian :


Jika penama di KWSP sudah meninggal, update penama sebab ia akan memberi kesan kepada proses pengeluaran KWSP & tuntutan bantuan kematian.
Manakala jika ahli KWSP mengalami Hilang Upaya, Bantuan Hilang Upaya sebanyak RM2,500 akan diberikan kepada waris si mati. Bantuan ini juga bukan sebahagian dari simpanan ahli KWSP.
Syarat untut tuntutan Bantuan Hilang Upaya :




Bukan disebabkan berhenti Sukarela @ Tindakan Disiplin.
Untuk info lanjut, boleh rujuk maklumat ini di website KWSP
Jangan lupa menuntut bantuan Kematian & Hilang Upaya jika berlaku kedua2 keadaan ini. Bantuan itu sangat bermakna buat keluarga kita.
Dokumen Diperlukan :
Berikut adalah dokumen yang perlu disediakan untuk membuat permohonan :
- Borang KWSP 9L (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
- Borang KWSP 3 (Pindaan) - untuk penghataran melalui pos atau pengesahan cap ibu jari gagal
- Salinan dokumen pengenalan diri bersama yang asal
- Laporan perubatan asal dari institusi Perubatan dengan tandatangan, nama penuh, jawata, nombor pendafataran MMC/MPM dan bidang pegawai perubatan yang merawat
- Buku bank/penyata akaun simpanan/penyata akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun
- Surat penamaan perkhidmatan dari majikan (wajib untuk sektor awam atau pilihan untuk sektor lain
Cara Memohon :
Cara Pembayaran :
Bayaran Dalam Negara
- Bayaran penuh di dalam Ringgit Malaysia (RM) akan dikreditkan ke dalam akaun anda. Jika anda ada akaun aktif dengan bank panel dan nombor pengenalan sama dengan rekod ban.
- Anda akan diberi Cek Jurubank (jika bayaran ke akaun anda gagal)
Bayaran Luar Negara
- Bayaran penuh akan dibuat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang US Dolar. Jika mata wang pilihan anda tidak terdapat di dalam senarai yang disahkan
1 Comments
Salam
ReplyDelete