Borang Permohonan Bantuan Kanak - Kanak Di Bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ~ Ada Yang Mencecah RM12,000 Setahun


Tahun 2021, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan dinaikkan mengikut jenis bantuan. Dalam bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan serta termasuk B40,kini pelbagai bantuan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan tambahan lagi yang telah menghadapi pandemik Covid-19 yang telah menimpa di negara kita sehingga menyebabkan ramai masyarakat yang hilang sumber pendapatan.

Perkhidmatan bantuan kewangan yang telah disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah  golongan yang tidak berkemampuan untuk meneruskan kelangsungan hidup.


Jumlah Bantuan Lama
  • Maksimum bagi seorang anak akan menerima RM 100.
  • Maksimum sebanyak RM 450 jika anak melebihi 4 orang.
  • Jumlah bantuan baharu (2021)
Jumlah Bantuan Baru (2021)
  • Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM 150 (sebulan) seorang.
  • Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM 200 (sebulan) seorang.
Syarat Kelayakan
Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan
  • Warganegara Malaysia
  • Menetap di Malaysia
  • Keluarga atau penjaga kepada anak berpendapatan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Purata Miskin Isi Rumah atau PGK Purata Miskin Per Kapita
  • Kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun
  • Bagi kanak-kanak yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas atau mana-mana kes yang boleh dipertimbangkan.
Cara Membuat Permohonan Online / Manual

LANGKAH 1 (ATAS TALIAN)
  • Layari laman web rasmi JKM http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  • Klik butang Daftar Permohonan Atas Talian.
  • Sila baca dan fahamkan notis dan butiran yang perlu diisi.
  • Anda perlu isi dua bahagian iaitu A dan B.
  • Setelah anda mengisi kedua-dua bahagian tersebut dengan lengkap dan sahih, anda perlu klik butang 'Keputusan'.
LANGKAH 2 (PEJABAT JKM)
  • Setelah berjaya langkah 1, anda perlu hadir ke Pejabat JKM mengikut kawasan yang anda telah mohon secara online.
  • Anda perlu hadir sekurang-kurangnya 14 hari dari permohonan online dilakukan.
  • Anda juga perlu hadir bersama borang permohonan yang anda muat turun melalui pautan di bawah :
  • BORANG PERMOHONAN BANTUAN
  • BORANG KEMASKINI MAKLUMAT

Dokumen Sokongan  

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon boleh membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat berdekatan
  • Salinan MyKad / Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan MyKad / Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan Kad OKU / Slip pendaftaran sementara OKU (Jika Kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan ( Jika Bekerja Sendiri )
  • Salah satu Bil Utiliti ( air / elektrik / telefon / astro )
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)

Maklumat Lanjut 

Untuk maklumat lanjut berkaitan bantuan JKM, sila berhubung dengan Pejabat JKM negeri atau ibu pejabat melalui emel ataupun nombor telefon . Anda boleh terus membuat pertanyaan di 03 – 8000 8000 ataupun Emel : Maklum Balas (ISPAAA)