RM 10 000 ONE-OFF ATAU RM 2000 SETIAP BULAN 

Johor Bahru: Pemuda Umno Johor menyarankan pengeluaran caruman Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersyarat dengan maksimum RM2,000 sebulan selama lima bulan.

Ketua Pemuda Umno Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata. syarat pengeluaran itu perlu dilakukan secara bersasar iaitu kepada golongan benar-benar terjejas dan memerlukan sahaja.

"Pengeluaran bukan dibuat secara sepenuhnya atau lump-sum, tetapi dibayar secara bulanan, misalnya RM2,000 maksimum setiap bulan untuk jangka masa lima bulan.

"Menerusi cara itu, duit itu dapat dibelanjakan rakyat secara berhemah, sekali gus membantu mengurangkan beban rakyat kerana keadaan ekonomi belum pulih susulan penularan Covid-19," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Isu KWSP yang menjadi viral setelah mantan perdana menteri iaitu Datuk Seri Najib Bin Tun Razak telah memberi cadangan kepada kerajaan untuk memberi kebenaran kepada rakyat Malaysia mengeluarkan duit mereka yang mempunyai simpanan KWSP melalui akaun 1.

Cadangan ini timbul mungkin disebabkan rakyat malaysia yang mempunyai masalah kewangan selepas pandemik covid 19 melanda di Malaysia yang tercinta ini. Ramai yang mereka di luar sana di buang kerja, pendapatan perniagaan terjejas dan lain-lain lagi.

Rakyat Malaysia mengharapkan cadangan ini diterima dan diluluskan oleh kerajaan. Sedikit sebanyak duit dapat mengurangkan masalah kewangan yang di hadapi ketika ini yang disebabkan pandemik covid 19 yang melanda di Malaysia.

Jika anda di beri pilihan antara RM 10'000 secara One Off atau RM 2'000 setiap bulan selama 5 bulan.

Boleh Komen Di bawah.

Sekian,