MAKLUMAT LANJUT
Program Bantuan Sara Hidup (BSH) akan digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) untuk tahun 2021. BPR juga akan diperbaiki bagi membantu rakyat yang memerlukan bantuan ini. BPR dijangka akan memanfaatkan lebih kurang 8.1 juta rakyat yang memerlukan bantauan ini. Peruntukan 6.5 billion akan disalurkan bagi tujuan BPR berbanding dengan peruntukan 4.5 billion di bawah BSH.
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bakal menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) menjelang tahun 2021. Perubahan ini selaras dengan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia. Lebih ramai rakyat Malaysia berpeluang menerima BPR dari pihak kerajaan oleh kerana syarat kelayakan untuk bantuan ini telah ditambah baik. Seramai 8.1 juta penerima dianggarkan bakal menerima bantuan ini berbanding BSH terdahulu yang hanya seramai 4.3 juta orang sahaja yang layak berdasarkan syarat yang telah ditetapkan.
Baca Juga : BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) BERJUMLAH RM100.00
Belanjawan 2021 pada kali ini memperlihatkan langkah kerajaan yang sentiasa seiring dengan keperluan rakyat di negara ini. Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku Menteri Kewangan telah menyampaikan berita gembira ini semasa pembentangan Belanjawan 2021 dan ianya cukup menggembirakan ramai orang. Biarpun bantuan yang diberikan tidak terlalu banyak, namun ia cukup melegakan ramai pihak terutamanya yang mempunyai tanggungan anak yang ramai.
Justeru, bagi membantu seisi rumah dengan pendapatan bulanan yang rendah, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 6.5 billion bagi menyalurkan bantuan ini. Antara kategori yang bakal menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) ini adalah seperti berikut :
Isi rumah < RM2,500
RM 1,800 (2 orang anak atau lebih)
RM 1,200 (1 orang anak)
Isi rumah RM 2,501 – RM 4,000
RM 1,200 (2 orang anak atau lebih)
RM 800 (1 orang anak)
Isi rumah RM 4,001 – RM 5,000
RM 750 (2 orang anak atau lebih)
RM 500 (1 orang anak)
Bujang 21 ke atas < RM2,500
RM 350
Isi rumah berpendapatan <RM 2,500 akan mendapat bantuan mengikut bilangan anak mereka

Kategori isu rumah berpendapatan RM 2,501 – RM 4,000

Kategori isu rumah berpendapatan RM 4,001 – RM 5,000
Kategori Bujang berpendapatan <RM 2,500

Program Jaringan Prihatin Bantuan RM180 dalam bentuk Kredit Komunikasi
Kredit ini boleh digunakan untuk membeli pelan Internet ataupun telefon bimbit baru.

Bantuan Prihatin Rakyat ini akan disalurkan pada awal tahun 2021. Namun, belum ada tarikh muktamad bilakah ianya akan disalurkan ke akaun penerima. Bagi kategori bujang, bantuan akan disalurkan secara sekali gus berbanding kategori isi rumah yang akan disalurkan dalam beberapa peringkat. Rakyat seharusnya menggunakan wang bantuan yang diberikan bagi mendapatkan barangan keperluan harian untuk meneruskan kehidupan dan bukannya menggunakan wang bantuan tersebut untuk membeli barangan mengikut keinginan hati. Sekiranya keadaan ekonomi masih tidak menentu pada tahun 2021, pembelian barangan yang bukan keperluan bakal memberi impak kepada kehidupan rakyat pada masa akan datang. Gunakanlah wang bantuan kerajaan dengan lebih bijak sebelum membuat sebarang keputusan untuk membeli.
7 Comments
Mcm mane nak mohon 01133527693
ReplyDeleteBpn rm500 bank bsn bila bpn belum lagi tak or. Sud6 ?
ReplyDeleteNak mohon bpr tp xda link.. Share sni sna tp link mdaftar xda.
ReplyDeletecmner nk mohon pm 0177814280
ReplyDeleteIs my phone number 0173636291
ReplyDeleteAssalamualikum...
ReplyDeleteSahabat semua Share link BPR bolah tak...
Share link bpr utk buat kemas kini
ReplyDelete