15,054 pelajar spm yang meduduki SPM 2021 terima bantuan RM50 Penjawat Awam sebanyak RM1000

 Seramai 15,054 pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun depan akan menerima RM50 seorang daripada kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata sumbangan wang tunai itu membabitkan peruntukan kewangan berjumlah RM752,700.

"Sukacita saya umumkan satu berita baik khususnya kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM iaitu kerajaan negeri bersetuju menyumbangkan RM50 bagi setiap pelajar.

"Sumbangan ini diharap dapat digunakan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun depan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Belanjawan 2021 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Sementara itu, Wan Rosdy gembira dengan maklum balas positif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung saranan mencontohi 11 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) dengan memotong 10 peratus elaun selama tiga bulan bermula November ini.

"Terima kasih dan tahniah di atas persetujuan pemotongan 10 peratus elaun membabitkan 14 ADUN Barisan Nasional (BN) dan lapan ADUN PAS.

"Ini menunjukkan keprihatinan ahli-ahli yang berhormat ketika negeri melalui tempoh yang sukar akibat penularan pandemik COVID-19," katanya.

Penjawat Awam Mendapat Bantuan RM1000

Kerajaan Pahang mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000 kepada 8,000 penjawat awam tanpa pengecualian gred dalam pembentangan Belanjawan 2021 negeri itu hari ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sebanyak RM8 juta diperuntukkan bagi bantuan yang pembayarannya akan dibuat sebelum 16 Januari tahun hadapan.
Menurutnya, bantuan khas itu diberikan sebagai menghargai jasa penjawat awam yang menyumbang perkhidmatan terbaik mereka terhadap pentadbiran negeri.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/110405/EDISI/Pahang/Penjawat-awam-Pahang-dapat-bantuan-khas-RM1000
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf