Permohonan Telefon Pintar Dengan Internet 120GB Percuma Untuk Pelajar Sekolah B40.


Pendidikan kepada semua pelajar yang tidak dapat ke sekolah kerana PKP tetap di ambil berat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak KP  menitikberatkan hal pelajaran sehingga menyiarkan semula TV Pendidikan melalui siaran TV Okey dan Astro supaya pelajar sekolah rendah dan menengah dapat mengulangkaji pelajaran mengikut mata pelajaran.

Terdapat inisiatif terkini daripada pihak YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia.

Mereka akan membekalkan 40GB data internet dan akses sumber pembelajaran percuma kepada semua murid sekolah kerajaan.

Melalui inisiatif ini, semua murid sekolah rendah dan menengah boleh mengakses : 

  • Bahan pembelajaran percuma yang selaras dengan kurikulum sekolah kebangsaan Malaysia untuk membolehkan murid mengikuti sukatan pelajaran sekolah dirumah
  • Kuiz Revisi percuma dengan memuat turun aplikasi mudah alih FrogPlay.
  • 40GB Data percuma untuk murid belajar dari rumah.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Inisiatif Belajar Dari Rumah - Telefon Pintar Percuma Dengan Data ?

  •  salah satu cara mustajab Belajar Dari Rumah (BDR), YTL Foundation berganding bahu antara Yes dan FrogAsia dalam penyediaan data dan kelengkapan pembelajaran Malaysia supaya para pelajar di sekolah kerajaan dapat meneruskan pembelajaran dari rumah sewaktu musim PKP.
  • Inisiatif Belajar Dari Rumah - Telefon pintar percuma dengan data adalah merupakan peringkat kedua kepada inisiatif belajar dari rumah, khas untuk menyokong para pelajar dari golonga B40 yang tidak mempunyai akses kepada alat peranti supaya dapat terus belajar dari rumah.
  • Pihak YTL akan memberikan telefon pintar percuma kepada keluarga yang layak dikalangan komuniti B40 yang tidak mempunyai sebarang alat peranti atau telefon pintar. Setiap telefon pintar akan dilengkapi dengan data 120GB 

Siapakah Yang Layak Untuk Menerima Manfaat Daripada Program Ini ? 

Hanya guru yagn boleh mencalonkan para pelajar yang berhak un tuk menerima telefon pintar percuma dengan data di https://ytlfoundation.org/belajardarirumah/

Sekiranya pencalonan tersebut berjaya , ibu bapa pelajar akan dimaklumkan. Kemudian ibubapa dikehendaki untuk mengemukakan pendaftaran bagi mendapatkan telefon pontar percuma dengan data 120GB

Kriteria : 

  • Guru yan mencalonkan pelajar masih berkhidmat di sekolah rendah atau menengah kerajaan.
  • Pelajar yang dicalonkan adalah di mana guru tersebut berkhidmat.
  • Pelajar yang dicalonkan adalah golongan keluarga B40.

Apakah Langkah Seterusnya Selepas Pencalonan ?

Sekiranya Pencalonan berjaya, notifikasi menerusi e-mel akan dihantar kepada guru dan ibubapa pelajar beserta langkah seterusny.
 
Ibubapa dikehendaki mengikuti proses pendaftaran serta mengemukakan maklumat terperinci, termasuk memuat naik : 
  • Satu salinan MyKad / MyKid pelajar 
  • Satu salinan MyKad ibubapa
  • Surat Bantuan Sara Hidup (BSH) yang diberikan oleh kerajaan Malaysia sebagai tanda status B40 atau dokumen sah yang boleh membuktikan anda berstatus B40
Maklumat di atas diperliukan untuk mngesahkan kelayakan penerima dan tiada sebarang unsur penipuan. Maklumat peribadi yang diterima tidak akan digunakan untuk tujuan lain selain daripada proses pengesahan inisiatif ini. Semua maklumat yang diterima akan dianggap sulit.

Berapa Lamakah Waktu Menunggu Untuk Menerima Telefon Bimbit Tersebut?

Sebaik sahaja maklumat yang diberikan oleh ibubapa semasa proses pendaftaran dapat disahkan, ibubapa akan menrima notifikasi  menerusi emel berkenaan penghantaran telefon. Pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan lengkap agar proses pendaftaran berjalan lancar.

Bolehkah Telefon Ini Digunakan Untuk Membuat Panggilan Dan Menghanta SMS ?

Telefon pintar percuma ini dilengkapi dengan : 
  •  Data 120GB data percuma
  • Panggilan suara selama 60 minit ke nombor rangkaian lain, selain YES sebulan bagi tempoh 12 bulan
  • Panggilan suara dan sms tanpa had ke talian nombor YES.
Sekiranya memerlukan lebih data dan panggilan suara, tambah nilai boleh dilakukan di aplikasi myyes4g

Sumber : YTL Foundation