STR Rayuan akan di buka bagi pemohon yang tidak layak mendapat bantuan berstatus tidak lulus bermula daripada 3 Julai 2023 sehingga 31 Julai 2023.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau sebelum ini lebih dikenali sebagai bayaran Bantuan Keluarga Malaysia merupakan STR bantuan tunai langsung secara bersasar yang diberikan kerajaan kepada penerima bantuan yang layak

Namun begitu, terdapat beberapa pemohon yang gagal mendapatkan bantuan STR ini atas sebab-sebab tertentu, dan di sini akan kami jelaskan sebab tidak layak dan bagaimana anda boleh melakukan rayuan bantuan tersebut.


Rayuan Sumbangan Tunai Rahmah

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau sebelum ini lebih dikenali sebagai bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan STR bantuan tunai langsung secara bersasar yang diberikan kerajaan.
Namun begitu terdapat beberapa individu yang gagal mendapatkan bantuan ini atas sebab-sebab tertentu, dan kerajaan memberi mereka peluang untuk melakukan permohonan STR Rayuan.
Permohonan rayuan bagi bantuan ini hanya dibuka kepada pemohon tidak layak yang berstatus tidak lulus sahaja.


Tempoh Permohonan STR Rayuan

Bagi anda yang berada pada status tidak lulus, anda boleh melakukan STR Rayuan mulai 3 Julai 2023 sehingga 31 Julai 2023, secara dalam talian ATAU melalui borang kertas secara manual di kaunter LHDNM.
STR Rayuan

Kaedah Rayuan

Bagi anda yang ingin melakukan rayuan, anda boleh melakukanya dengan cara berikut:

  • Secara Dalam Talian (Bagi pemohon berstatus Tidak Lulus tertentu sahaja)
  • Melalui Pengemukaan Borang Kertas ke pejabat LHDNM (Kaunter STR LHDNM akan dibuka untuk Permohonan Rayuan STR 2023.)

NOTA: Rayuan Tambahan tidak dibenarkan kepada Permohonan Lulus STR kategori Isi Rumah dengan amaun kelulusan asas sebanyak RM2,500.


Kaedah Rayuan Secara Atas Talian

Berikut merupakan kaedah membuat permohonan rayuan str secara online

  • Pemohon perlu melayari laman sesawang https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Pemohon bantuan rahma mestilah log masuk ke akaun rasmi dengan memasukkan nombor MyKad dan kata laluan yang betul.

  • Menerusi sistem bantuan ramah ini, pemohon hendaklah klik pada bahagian “Permohonan Rayuan”. (Walaubagaimanapun, bahagian ini masih tidak dibuka untuk permohonan sehingga dimaklumkan kepada umum).

  • Kemaskini maklumat bantuan ramah perlu dibuat oleh pemohon.
  • Akhir sekali, hantar permohonan rayuan batuan tunai rakyat dengan klik pada butang “Hantar”.

NOTA: Permohonan rayuan STR secara atas talian masih belum dibuka untuk permohonan menerusi sistem rasmi di portal LHDN.


Kaedah STR Rayuan di Kaunter LHDN Hasil

Berikut merupakan langkah-langkah untuk melakukan STR rayuan menerusi kaunter LHDN:


  • Pemohon batuan perlu hadir ke cawangan LHDN yang berdekatan dengan pemohon.

  • Pemohon hendaklah mengisi borang “Permohonan Rayuan” dengan lengkap.
  • Hantar borang permohonan rayuan bantuan tersebut.

  • Permohonan berjaya dihantar.

  • Permohonan pemohon akan dimaklumkan oleh pihak LHDN dari semasa ke semasa sama ada ianya berjaya atau tidak.

NOTA: Borang permohonan rayuan akan dikeluarkan oleh pihak LHDN setelah tempoh rayuan ini dibuka kepada pemohon.


Tarikh permohonan rayuan ini akan dimaklumkan secara berperingkat oleh Menteri Kewangan.


Semak Status Rayuan

Setelah permohonan rayuan berjaya dibuat, semakan permohonan rayuan ini boleh disemak secara atas talian dan juga menerusi cawangan LHDN yang berdekatan atau melalui laman rasmi STR dengan cara berikut:

  1. Layari laman web rasmi MySTR

  2. Masukkan  no kad pengenalan anda.
  3. Masukkan kod catcha yang tertera.
  4. Tekan semak.
  5. Status BKM anda akan terpapar:
    • Nombor Pengenalan Akaun dikredit
    • Nama Penerima
    • Fasa Pembayaran
    • Jumlah dikredit
    • Status Kredit
    • Nama Bank
    • Nombor Akaun Bank
  6. Maklumat permohonan dan status kelulusan rayuan anda akan dipaparkan

Kod Alasan Tidak Lulus

Permohonan rayuan STR ini hanya boleh dilakukan oleh pemohon yang berstatus tidak lulus dan pemohon yang tidak mengemaskini maklumat di sistem rasmi di portal LHDN.


Antara sebab-sebab atau punca permohonan rayuan Sumbangan Tunai Rahmah 2023 pemohon ditolak adalah disebabkan oleh:


KOD TIDAK LULUSALASAN TIDAK LULUS
01Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan
02Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan
03Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan\ data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan
04Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data agensi
05Maklumat Pengenalan Pasangan perlu pengesahan
06Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang
07Semakan agensi mendapati Anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 19 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa
08Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000
09Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500
10Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi
11Pemohon / Pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian
12Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
13Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
14Pemohon memiliki 2 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian
15Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
16Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan Anak melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40)
17Pemohon / Pasangan mempunyai Transaksi Pemilikan Hartanah / Pembelian Saham Hartanah yang melebihi RM500,000
18Pemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi
19Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian 20 Semakan mendapati Anak Pemohon / Pasangan mempunyai pendapatan yang tinggi
21Pemohon wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
22Pemohon wujud sebagai Anak di permohonan lain
23Pasangan wujud sebagai Pemohon di permohonan lain
24Pasangan wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
25Pasangan wujud sebagai Anak di permohonan lain
26Anak telah membuat permohonan lain
27Anak wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
29Pemohon berstatus Kahwin tetapi tiada maklumat Pasangan
30Pemohon berstatus Kahwin tetapi maklumat Pasangan tidak lengkap
31Status Perkahwinan perlu pengesahan
32Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan
33Tarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil Kematian Pasangan
34Pasangan meninggal dunia
35Anak meninggal dunia
36Pendapatan perlu pengesahan
38Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan
41Semakan rekod agensi mendapati had kemampuan pemohon / pasangan memiliki kediaman melebihi syarat kelayakan


Maklumat Tambahan

Bagi anda yang inigin mendapatkan maklumat tambahan berkenaan STR Rayuan ini, anda boleh hubungi:

ATAU;

Anda boleh dapat maklumat tersebut melalui portal rasmi STR di pautan berikut:  https://bantuantunai.hasil.gov.my.