Bantuan Am Tambahan RM350 sebulan merupakan inisiatif yang telah diperkenalkan kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bagi menjamin kesejahteraan rakyat khususnya golongan kurang berkemampuan, pelbagai bantuan telah disediakan oleh JKM setiap tahun.

INISIATIF BANTUAN TAMBAHAN AM PERSEKUTUAN

Program bantuan am sebanyak RM350 ini akan diberikan kepada individu dan keluarga yang kurang berkemampuan untuk membantu keperluan meneruskan kelangsungan hidup dalam masyarakat.

Bantuan Am persekutuan ini telah diperkenalkan pada tahun sebelumnya dan masih relevan sehingga tahun ini. Bayaran bantuan diberikan setiap bulan kepada mereka yang layak.

KADAR BANTUAN TAMBAHAN AM

Untuk makluman, kadar bayaran bantuan am persekutuan telah ditetapkan iaitu minimum RM100 dan maksimum sehingga RM350 dan bayaran diberikan secara bulanan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Syarat kelayakan berikut telah ditetapkan bagi permohonan bantuan am sebanyak RM350 sebulan seperti di bawah:

Pemohon adalah warganegara Malaysia

Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK) atau purata kemiskinan per kapita semasa

Bermastautin di wilayah persekutuan

Individu atau keluarga yang memerlukan yang tidak dilindungi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain sebelum ini.

INFO LANJUT

Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan dan memerlukan bantuan, permohonan boleh dibuat untuk mendapatkan bantuan am sebanyak RM350 ini. Sila layari portal rasmi bantuan JKM ~ KLIK SINI Untuk makluman, bagi memudahkan proses semakan permohonan. Pemohon perlu menyediakan dokumen penting berikut:

  • Sediakan salinan kad pengenalan pemohon
  • Sertakan salinan kad pengenalan pasangan suami isteri dan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Selain surat beranak anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji jika ada
  • Sertakan dokumen sokongan lain yang berkaitan.

Permohonan bantuan boleh didapati di mana-mana pejabat kebajikan masyarakat daerah / bahagian / jajahan di seluruh Malaysia.