Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang tergolong dalam keluarga B40, mereka berpeluang menerima inisiatif peranti tablet beserta jalur lebar di bawah Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia menerusi Belanjawan 2022.
Dalam Belanjawan 2022 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, kerajaan telah memperuntukkan RM450 juta bagi melaksanakan bantuan ini.
Dalam Belanjawan 2022 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, kerajaan telah memperuntukkan RM450 juta bagi melaksanakan bantuan ini.
Selain peruntukan daripada kerajaan, syarikat telekomunikasi juga turut menyumbang bagi pelaksanaan pakej ini iaitu sebanyak RM65 juta.
Tujuan pakej ini diwujudkan untuk membantu pelajar IPT menjalankan aktiviti pembelajaran dalam talian, melayari internet untuk tujuan penyelidikan dan penghantaran mesej kepada keluarga dan rakan-rakan.
Menerusi Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia ini, seramai 600,000 pelajar dalam kalangan keluarga B40 akan menerima bantuan ini.

Harga Pakej PerantiSiswa (Tablet)
Sehingga kini, Menteri Kewangan menyatakan harga bagi peranti yang ditawarkan melalui pakej ini bagi RM800 setiap tablet.
Syarikat Telekomunikasi
Syarikat telekomunikasi yang terlibat di dalam pelaksanaan pakej ini adalah seperti berikut:- Celcom Axiata Berhad (Celcom)
- Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi)
- Maxis Berhad (Maxis)
- U Mobile Sdn Bhd (U Mobile)
- Telekom Malaysia Berhad (TM)
- YTL Communications Sdn Bhd (YES)
- Pendaftaran Pakej
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pendaftaran bagi pakej ini dijangka akan bermula pada suku kedua tahun 2022.
Maklumat Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia, sila layari laman web SKMM di pautan https://www.mcmc.gov.my/.
1 Comments
There are technical measures for illegal gambling, including IP blocking. The Korea Communications Commission is understood to dam entry to non-Korean web sites that enable illegal gambling. Games distributed in Korea are subject to age score requirements, and should obtain a score from the GRAC or a self-rating entity before release. For games registered with the GRAC, an modification report on the modification of gaming content is required inside 24 hours of the implementation of such adjustments. After reviewing the adjustments, the GRAC determines whether a unique age score is required 점보카지노 inside seven days and notifies the gaming enterprise operator. South Korea's attempt to control the so-called "social gambling" business resulted in a large blockage of all the games available on Facebook, Korea's webzine This Is Game stories.
ReplyDelete