Kepada para belia yang masuih belum dapatkan pekerjaan, anda boleh membuat permohonan bantuan belia melalui Penjaya Kerjaya PERKESO. Disiniu kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU BANTUAN BELIA

Bantuan Belia ialah sebuah program yang dilaksanakan kerajaan untuk para belia yang menganggur atau masih belum mendapat kerja. Pelaksanaan ini amat tepat bagi meningkatkan mutu kualiti setiap belia sebelum menempuh kerjaya yang lebih berat dan mencabar dan dalam masa yang sama meningkatkan kepercayaan majikan terhadap mereka. Bukan itu sahaja ia dapat memberikan peluang kepada kalangan penganggur / individu belum bekerja lagi untuk mendapatkan pengalaman bekerja.

 

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BELIA

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Menganggur dan masih lagi belum dapat kerja tetap
  3. Lepasan sekolah atau graduan yang berusia 18-30 tahun

Walaubagaimanapun, berikut adalah merupakan calon yang tidak layak untuk mendaftar bantuan ini:

  • Pelajar yang menjalani Latihan Industri (internship)
  • Pelajar yang masih belum tamat pengajian
  • Bukan warganegara Malaysia

 

KADAR INSENTIF BANTUAN BELIA

Program ini menawarkan gaji dan elaun pada setiap bulan sekurang-kurangnya RM1,200 selama tempoh tertentu. Dalam masa yang sama majikan juga mendapat RM1000.

Sedikit penerangan:

  • Bayaran RM1000 akan dibayar kepada majikan dan majikan akan bayar kepada pekerja, iaitu golongan belia lepasan sekolah dan graduan yang memasuki Program Perantisan
  • Dengan insentif bantuan ini, anda boleh dapat gaji minimum RM1200 sebulan dari majikan.
  • Bayaran bantuan ini akan diberikan selama 3 bulan berturut-turut, dengan syarat anda bekerja minimum 3 bulan

 

BAGAIMANAKAH CARA DAPATKAN BANTUAN BELIA?

Di bawah Program Perantisan dalam Program PenjanaKerjaya 2.0, mana-mana majikan yang mempunyai pekerja dalam golongan belia yang berumur antara 18 – 30 tahun boleh membuat permohonan bagi mendapatkan insentif sebanyak RM1,000.

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN BELIA

Kalau anda adalah seorang pekerja, panduan ini bukan untuk anda.Ini adalah untuk majikan sahaja. Anda hanya perlu daftar di myfuturejobs.gov.my dan mohon kerja-kerja yang ditawarkan di sana.

  1. Layari laman web rasmi PenjanaKerjaya di sini: https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my
  2. Anda akan nampak informasi ini
    • Insentif sebanyak RM1,000 sebulan sehingga untuk tempoh 3 bulan dan program latihan adalah terpakai kepada majikan yang menggajikan pencari kerja tempatan sebagai perantisan.
  3. Klik butang REGISTER
  4. Di bahagian Create an Account, masukkan maklumat berikut
    • Name
    • IC/Passport No
    • Phone No
    • Email Address
    • Password
    • Repeat Password
  5. Tekan butang Submit
  6. Semak email untuk buat pengesahan pendaftaran
  7. Klik pautan dalam email tersebut
  8. Sila login menggunakan email dan password yang didaftarkan tadi
  9. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  10. Hantar permohonan anda, selesai.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila layari website rasmi PERKESO di pautan https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/