Terdapat satu berita baik untuk seluruh golongan belia. Hal ini demikian kerana dalam pembentangan Bajet Belanjawan 2021 yang lalu, pihak kerajaan telah mengumumkan bantuan belia berjumlah RM1,000 untuk mereka yang golonga yang  berumur 18 hingga 30 tahun yang mana bantuan tersebut masih lagi dibuka sehingga tahun 2022.


Untuk pengetahuan anda, bermula pada 1 Januari 2021 setiap majikan yang mempunyai pekerja dalam golongan belia yang berumur antara 18 hingga 30 tahun layak untuk memohon insentif sebanyak RM1,000 menerusi Program Perantisan.

Oleh itu, insentif ini memberikan ruang dan peluang kepada golongan belia yang tidak mempunyai pekerjaan yang tetap untuk menambah pengalaman dalam pelbagai bidang pekerjaan demi meningkatkan kualiti kemahiran seseorang melalui on-the-job-training.

TUJUAN BANTUAN

Objektif insentif & bantuan ini adalah supaya dapat memberikan ruang dan peluang kepada penganggur/belia yang tidak mempunyai pekerjaan yang kekal. Hal ini juga diadakan demiu membantu belia untuk tambah pengalaman dalam pekerjaan serta tingkatkan kualiti kemahiran seseorang ketika bekerja melalui on-the-job-training.


MAKLUMAT BANTUAN

Antara insentif / bantuan yang akan diterima oleh perantis / majikan dalam program ini adalah:

  • Bayaran RM1,000 kepada majikan yang mempunyai lepasan sekolah dan graduan untuk Program Perantisan.
  • Tempoh bayaran yang diberikan selama 3 bulan iaitu bersyarat kontrak perkhidmatan itu minimum adalah selama 3 bulan juga.
  • Gaji/elaun minimum adalah sebanyak RM1,200 sebulan.
  • Majikan diberikan peluang untuk memohon hanya 1 kursus latihan sahaja bagi perantis dengan kos maksimum sehingga RM4,000.
  • Pekerja juga layak untuk mendapat elaun kesediaan kerja/insentif

SYARAT KELAYAKAN

Dalam program Penjana Kerjaya ini, mereka yang ingin memohon perlu mempunyai kriteria dan syarat-syarat seperti berikut:
  • Merupakan Warganegara Malaysia
  • Lepasan sekolah/graduan yang berumur antara 18 hingga 30 tahun
  • Belia yang masih menganggur dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan yang tetap.
  • Belia yang pernah mengikuti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana jenis syarikat dan badan-badan berkanun.

MAKLUMAT TAMBAHAN
  • Syarikat perlulah berdaftar terlebih dahulu dan membuat iklan berkaitan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MyFutureJobs.
  • Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu membuat caruman dengan pihak PERKESO.

CARA MEMOHON


Untuk membuat permohonan ini, pihak majikan perlu memohon Penjana Kerjaya secara atas talian (online) melalui portal rasmi PERKESO di https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/index.php

Kepada belia yang ingin menyertai Program Perantisan, anda boleh mendaftarkan diri sebagai pengguna dan isi setiap maklumat bagi melakukan permohonan menerusi program yang ditawarkan di portal rasmi MyFutureJobs - klik DI SINI
MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut mengenai program ini, sila rujuk di bawah:

Jika terdpat sebarang pertanyaan sila hubungi di 03-8091 5300 atau 1 300 88 2000
atau emel ke penjanakerjya@perkeso.gov.my