Kehilangan orang tersayang adalah sesuatu yang semua orang tidak ingini. Namun, apabila perkara tersebut terjadi, bantuan khairat kematian bolehlah dimohon.

Penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) layak memohon Skim Khairat Kematian (SKK) BKM yang berjumlah RM1000 mulai 15 April 2022.

Khairat kematian adalah sumbangan ikhlas pada kadar tertentu dan diberikan kepada waris seseorang yang meninggal dunia apabila berlaku kematian.

Baca juga:


Syarat Kelayakan:

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk memohon:

  1. Permohonan mestilah berstatus Lulus BKM 2022 bagi kategori:
    • Kahwin.
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak.
    • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan.
  2. Tempoh meninggal dunia: 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022.
  3. Layak dituntut oleh wakil yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan (bagi permohonan status Kahwin dan pasangan adalah warganegara Malaysia) yang meninggal dunia.
  4. Pasangan mestilah berstatus warganegara Malaysia.

Ketegori Penuntut:

Tuntutan boleh dibuat oleh:

Wakil yang didaftarkan pada permohonan BKM 2022 sahaja layak membuat tuntutan SKK.

  • Pasangan.
  • Ibu.
  • Bapa.
  • Anak.
  • Anak Kandung.
  • Anak Tiri.
  • Anak Angkat.
  • Adik-Beradik.

Dokumen Yang Diperlukan:

Berikut adalah antara dokumen yang perlu disediakan:

  • 1 Salinan Sijil Kematian daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau Sijil Kematian asal.
  • Kad Pengenalan asal wakil.
  • 1 Dokumen pembuktian pertalian antara penerima (individu layak SKK) dan wakil.

Kaedah Tuntutan:

Tuntutan boleh dibuat secara tunai di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.


Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang BKM atau hubungi di talian berikut:

  • Hotline BKM MOF : 03-8882 4565/03-8882 4566
  • Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747