BANTUAN SURI RUMAH BERJUMLAH RM480 UNTUK GOLONGAN B40 PADA TAHUN 2022

Bantuan iSuri KWSP kini kembali diteruskan demi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah untuk mengiktiraf pengorbanan mereka.

  • Pembayaran sebanyak RM 480 bermula tahun 2019 dan pada setiap tahun berikutnya termasuk 2021.
  • Tahukah anda, bantuan kematian turut disediakan sebanyak RM 2,500.
  • Penerima iSuri juga turut akan menerima dividen tahunan KWSP sama seperti pencarum lain.
  • Bantuan hilang upaya turut disediakan
Syarat Kelayakan iSuri KWSP
Kepada sesiapa yang berminat membuat pendaftaran iSuri ini, anda perlu mempunyai kelayakan telah ditetapkan :
  • Warganegara Malaysia
  • Golongan suri rumah yang berdaftar di bawah eKasih
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM 5 sebulan atau RM 60 setahun ke dalam akaun KWSP
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
Siapa Yang Boleh Mencarum ?
  • Suami bagi pasangan yang layak
  • Diri sendiri (Isteri)
Borang Pendaftaran & Cara PermohonanBagi anda yang memenuhi syarat kelayakan dan ingin mendaftar insentif ini, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP dengan membawa MyKad serta dua borang berikut:
  1. Borang i-Suri - KWSP 16G(M) BORANG (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  2. Borang i-Suri - KWSP 6A (2) BORANG (Semasa pembayaran)
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkataan kerajaan Pakatan Harapan telah memperuntukkan RM 20 juta bagi menjayakan program ini.

Caruman ini akan melibatkan 359,065 wanita yang berdaftar dengan sistem e-Kasih.

Pembayaran Caruman 

Bagi melayakkan suri rumah untuk mendapat RM 40 sebulan, caruman individu hendaklah dibuat ke dalam akaun KWSP dengan jumlah minimum RM 5 sebulan atau RM 60 setahun.

Pembayaran caruman boleh dibuat melalui tiga kaedah berikut :

  1. Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
  2. Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, BSN dan RHB Bank.
  3. Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik iaitu Maybank dan Public Bank.
Peringatan !
  • Pemohon hendaklah berdaftar dalam sistem eKasih. Ini termasuklah isteri dan ketua isi rumah wanita (balu, bercerai ataupun bujang)
Semakan Status Pendaftaran iSuri
  1. Anda perlu layari portal rasmi e-kasih di pautan berikut -  Semakan Online
  2. Anda perlumasukkan maklumat No Kad Pengenalan dan klik cari untuk semak pendaftaran.

Faedah i-Suri KWSP

  • Mendapat insentif kerajaan sebanyak minimum RM40 sebulan tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 setahun.
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Bantuan Kematian: RM2500
Insentif kerajaan hanya akan dibayar apabila anda memenuhi syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah berdaftar di dalam E-Kasih: ATAU
  • KIR wanita status balu, belum pernah berkahwin atau telah bercerai yang berdaftar dalam eKasih.
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Terdapat caruman sukarela yang dibuat ke akaun KWSP ahli berjumlah RM5 sebulan atau RM60 setahun.

Cara Bayaran

  • Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
  • Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB,PBB,RHB dan BSN)
  • Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik MBB atau PBB