Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam pembentangan Belanjawan Pahang 2022 hari ini telah memaklumkan setiap bayi yang dilahirkan di Pahang mulai tahun 2022 akan menerima saguhati RM200 di bawah Program Anak Kebanggaan Pahang.

Kerajaan negeri memperuntukkan RM5 juta bagi menjayakan Program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid) tersebut. Bukan itu sahaja, kerajaan negeri juga akan memperkenalkan Kad Pelajar Kebanggaan Pahang  untuk membantu keluarga yang mempunyai anak yang masih bersekolah.





PROGRAM ANAK KEBANGGAAN PAHANG

Antara matlamat pelaksanaan Program Anak Kebanggaan Pahang ini ialah :

1. Membantu ibu bapa yang baru melahirkan mengharungi cabaran terutama dari sudut ekonomi dalam membesarkan bayi

2. Meraikan kegembiraan ibu bapa melahirkan cahaya mata

3. Sebagai tanda bahawa anak yang mereka lahirkan adalah anak kebanggaan negeri Pahang



KADAR BANTUAN

Melalui Program Anak Kebanggaan Pahang, setiap kelahiran bayi di Pahang akan menerima bantuan sebanyak:

  • RM200

Bantuan ini akan diberikan dalam dua bentuk berikut:

RM100 – Bentuk simpanan
RM100 – Barangan penjagaan bayi & ibu sewaktu berpantang



Untuk makluman, permohonan inisiatif mengenai bantuan di bawah Belanjawan 2022 belum ada makluman terkini. Sekiranya terdapat makluman terbaru daripada kerajaan negeri, perkongsian ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.