Institut Kemahiran Baitumal MAIWP dengan Akademik Vokasional McDonald’s mempelawa individu yang berkelayakan sertai Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Dalam Mod SLDN. Program ini merupakan program pendidikan 18 bulan yang diiktiraf oleh kerajaan.

Perantis yang berkelayakan akan mengikuti pembelajaran teori dan praktikal dan akan mendapat penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan 3 selepas tamat program. Pelbagai faedah menarik ditawarkan termasuk elaun bulanan sehingga RM1,200.




MAKLUMAT PROGRAM

Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Dalam Mod SLDN


Tajaan: Kerjasama bersama Institut Kemahiran Baitumal MAIWP dengan Akademi Vokasional McDonald’s
Lokasi Latihan: Restoran McDonald’s sekitar Kuala Lumpur & Selangor
Tarikh Latihan: Januari 2022
Tarikh tutup permohonan: 31 Disember 2021



PROGRAM PERANTIS SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN)

Program perantis SLDN merupakan Program Pendidikan 18 bulan yang diiktiraf oleh kerajaan.

  • Model pembelajaran teori (30%) dan praktikal (70%) di syarikat penajaan
  • Penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 & 3 kepada perantis yang tamat program


SYARAT KELAYAKAN

1. Berumur 17 tahun dan ke atas

2. Terbuka kepada perantis lelaki dan perempuan

3. Mempunyai kelayakan akademik SPM atau setaraf dengannya

4. Warganegara Malaysia



FAEDAH PROGRAM

Antara faedah yang diterima sepanjang menjalani program latihan adalah:

1. Elaun bulanan sehingga RM1,200

2. Yuran ditanggung sepenuhnya oleh syarikat

3. Makanan PERCUMA ketika menjalani latihan

4. Kursus Keselamatan Makanan dan Suntikan Typhoid

5. Jaminan kerja selepas tamat latihan

6. Insentif tamat latihan SKM Tahap 2 & 3 sebanyak RM1,000



CARA PERMOHONAN

Kepada individu yang berminat untuk menyertai program yang ditawarkan, sila buat permohonan dengan mengisi borang pendaftaran secara online melalui pautan berikut:


Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Institut Kemahiran Baitumal MAIWP melalui emel di alamat info@ikb-maiwp.edu.my atau talian 03 9283 0198 (Pn. Norlia / Pn. Noor Fadzillah).