Pengambilan peserta PROTEGE-Ready To Work di Syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ambilan Mac 2022 kini dibuka. SSM ingin mengalu-alukan graduan warganegara yang berkelayakan untuk menyertai Program Protege dengan elaun bulanan RM2000. 

Permohonan dibuka kepada individu yang memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang diiktiraf. Graduan yang berminat boleh melengkapkan permohonan di ruangan yang disediakan selewat-lewatnya 10 Disember 2021.





MAKLUMAT JAWATAN

Protege – Ready To Work (RTW)

Nama Majikan: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Kemasukan: Mac 2022
Penempatan: Menara SSM@ KL Sentral
Tarikh tutup permohonan: 10 Disember 2021



KEMUDAHAN DISEDIAKAN

Graduan yang mengikuti Program Protege SSM akan memperoleh kemudahan berikut:

1. Elaun bulanan: RM2000

2. Cuti tahunan

3. SOCSO

4. Rawatan Hospital Kerajaan (Pesakit luar)



SYARAT KELAYAKAN

1. Graduan Warganegara Malaysia

2. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang diiktiraf

3. Aktif dalam bidang sukan/ kokurikulum

4. Keutamaan kepada graduan bidang berikut:
– Undang-undang
– Perakaunan
– Sains Data
– Sains Komputer
– Matematik, Aktuari/ Sains Statistik
– Pemasaran
– Pengajian Perniagaan
– Sumber Manusia
– Pengurusan Pengetahuan
– Pendidikan (Teknologi Pengajaran)
– Pentadbiran Perniagaan
– Ekonomi
– Pengurusan Matematik
– Perhubungan Awam
– Komunikasi Massa
– Kewatawanan
– Reka bentuk grafik/ multimedia



CARA PERMOHONAN

Kepada individu yang berminat untuk menyertai program Protege di Syarikat SSM, sila buat permohonan melalui laman web berikut : 


Terdapat 5 bahagian dan kesemua maklumat adalah wajib untuk dilengkapkan. Permohonan yang lengkap sahaja akan diproses dan calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ke sesi temuduga.


Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pegawai bertugas di talian 03 22994944/ 4543/ 5322 atau emel ke alamat protege@ssm.com.my.