Pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) telah dilaksanakan oleh sektor perbankan sejajar dengan usaha membantu peminjam yang berada dalam kumpulan 50 peratus terbawah atau B50. Orang ramai menerima pelbagai kemudahan bayaran balik pinjaman daripada URUS.

Perdana Menteri telah mengumumkan lanjutan kemudahan URUS untuk orang ramai. Bagi meringankan lagi beban rakyat, bantuan bayaran balik pinjaman boleh dinikmati oleh orang ramai bagi tempoh dua tahun lagi di bawah Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS).





PROGRAM PENGURUSAN DAN KETAHANAN KEWANGAN (URUS)

Antara Bantuan Bayaran Balik di bawah URUS adalah meliputi:

1. Pengecualian faedah pinjaman

2. Penangguhan moratorium termasuk pengurangan ansuran bulanan

3. Sokongan pembangunan, pendidikan dan khidmat nasihat untuk membantu mengurus kewangan



LANJUTAN BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN

Bantuan bayaran balik pinjaman dilanjutkan sehingga:

  • Sehingga 2 tahun lagi

Pihak Menteri turut meminta bank-bank untuk tidak mengenakan tindakan undang-undang terhadap peminjam-peminjam yang gagal membayar semula pinjaman sebaliknya peminjam boleh berbincang dengan pihak bank untuk menstrukturkan semula kaedah bayaran balik pinjaman.

Dalam masa yang sama, Kerajaan melalui Jabatan Insolvensi Malaysia juga telah meningkatkan nilai ambang kebankrapan kepada RM100,000.



SYARAT KELAYAKAN

1. Mempunyai pendapatan isi rumah kasar sehingga RM5,880

2. Mempunyai pinjaman/ pembiayaan yang tidak tertunggak melebihi 90 hari pada tarikh permohonan dibuat

3. Mengalami:

i) Kehilangan pekerjaan; ATAU
ii) Pengurangan pendapatan sekurang-kurangnya 50%


Peminjam yang berkelayakan dan ingin mendapatkan manfaat daripada program URUS ini boleh buat permohonan sehingga 31 Januari 2022. Permohonan boleh dibuat dengan ikut langkah yang dikongsikan di bawah:



CARA PERMOHONAN 


1. Untuk makluman, sila hubungi BANK anda untuk membuat permohonan URUS.

2. Anda boleh hubungi bank-bank anda melalui:

  • Laman web bank
  • Telefon
  • Cawangan bank