Jabatan Arah Pendidikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Yayasan LTAT kini membuka permohonan bagi Program Bantuan IPTA  kepada anak-anak anggota ATM yang dapat tawaran sambung belajar ke pengajian tinggi. Tawaran bantuan ini dengan matlamat untuk mengurangkan beban anggota ATM bagi memastikan anak-anak dapat menyambung pengajian ke peringkat tinggi.

Permohonan bagi bantuan oleh Yayasan LTAT ini boleh dilakukan dengan menghantar borang permohonan berserta dokumen-dokumen yang dinyatakan ke alamat yang ditetapkan sebelum 22 Februari 2022.





TEMPOH PERMOHONAN

Tempoh permohonan Program Bantuan IPTA hendaklah dilakukan sebelum : 

  • Tarikh tutup: 28 Februari 2022


SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia

2. Telah mendapat tawaran mengikuti program Pengajian Ijazah Pertama di Universiti Awam (IPTA) bagi sesi 2021/2022

3. Program pengajian Ijazah Pertama sepenuh masa

4. Tamat Pengajian SPM/ SPMV atau Asasi/ Matrikulasi dan STPM sahaja yang layak memohon

5. Berumur tidak melebihi 21 tahun

6. Bukan di kalangan pemegang Diploma/ Diploma yang ditawarkan Program penerapan/ Trek Pantas ke peringkat Ijazah pertama

7. Permohonan dari anak-anak anggota ATM yang sedang berkhidmat sahaja



CARA PERMOHONAN

Kepada individu yang ingin memohon bantuan ditawarkan, borang permohonan bersama dokumen sokongan hendaklah dihantar kepada Jabatan Arah Pendidikan, Kementerian Pertahanan melalui alamat berikut:


Markas Angkatan Tentera Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Anggota
Jabatan Arah pendidikan
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembah
50634 Kualau Lumpur
UP: Sel pendidikan Am
Email: selpendam@gmail.com



Dokumen sokongan

  • 2 salinan kad pengenalan pemohon
  • 2 salinan penyata akaun SSPN-i PTPTN pemohon (jika ada)
  • 2 salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti Awam (IPTA) yang diiktiraf oleh kerajaan
  • 2 salinan resit bayaran/ transaksi online yang telah disahkan oleh pihak Pejabat Bendahari Universiti
  • 2 salinan Slip keputusan SPM/ SPMV
  • 2 salinan Transkrip Akademik Asasi/ Matrikulasi / Slip keputusan STPM
  • 2 salinan My Tentera ibu/bapa atau penjaga
  • Jika anak angkat/ anak tiri hendaklah disertakan PERBAH II Pasukan


Pembayaran dermasiswa akan dikreditkan terus ke dalam akaun SSPN-i PTPTN pemohon. Bantuan dermasiswa adalah bergantung kepada kedudukan kewangan dan jumlah dana yang diterima daripada Syarikat Kumpulan LTAT. Semua dokumen yang telah diserahkan tidak akan dikembalikan kepada pemohon.