Pihak Agrobank telah mengumumkan Bantuan Banjir Agrobank 2021 berkaitan dengan situasi bencana banjir yang sedang melanda negara kita pada ketika ini dan demi kepentingan kebajikan para pelanggan Agrobank.

Pelan bantuan ini ditawarkan kepada semua pelanggan individu dan syarikat di seluruh negara terutamanya mereka yang sedang berhadapan dengan situasi pasca bencana banjir di Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang. Pelanggan yang terkesan boleh dapatkan kemudahan bantuan yang ditawarkan dalam pelbagai bentuk ini.





BANTUAN BANJIR AGROBANK

Agrobank menawarkan bantuan banjir dalam pelbagai bentuk meliputi:

1. Bantuan moratorium merangkumi penangguhan bayaran ansuran bulanan pembiayaan

2. Penstrukturan semula bayaran pembiayaan

3. Pengecualian caj ke atas penukaran kad debit ATM dan buku akaun simpanan Agrobank (sama ada hilang, rosak atau musnah)



CARA DAPATKAN BANTUAN BANJIR AGROBANK

Kepada semua pelanggan dan syarikat yang terkesan akibat banjir dan ingin mendapatkan kemudahan bantuan banjir yang ditawarkan oleh Agrobank, sila buat permohonan dengan:

  • Menghubungi Pusat perkhidmatan Pelanggan Agrobank di talian 1 300 88 2476; atau
  • berkunjung ke mana-mana cawangan Agrobank yang terdekat

Untuk makluman lanjut, pelanggan juga boleh melayari laman sesawang www.agrobank.com.my.