Dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2022 pada sidang Dewan Negeri Selangor pada 26 November 2021 lalu, Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari telah memaklumkan pelaksanaan semula Skim Iltizam Anak Selangor. Sejumlah RM3 juta diperuntukkan bagi melaksanakan Skim Iltizam Anak Selangor yang menyasarkan penyertaan 30,000 kanak-kanak di Selangor.

Kanak-kanak yang memohon dan berkelayakan akan diberikan manfaat kewangan setiap tahun bagi tempoh 5 tahun. Program itu diperkenal kerana pentingnya mengurus kewangan yang mampan di peringkat isi rumah.




SKIM ILTIZAM ANAK SELANGOR

Kerajaan Negeri akan memperkenalkan skim baharu Iltizam Anak Selangor yang akan disertai dengan pembukaan akaun Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime bagi anak-anak yang baru lahir di negeri Selangor.

Seramai 30,000 anak-anak yang memohon akan diberikan manfaat:

  • RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun (RM500)

Nota:  Iltizam Anak Selangor akan dilaksanakan pada tahun 2022. 



GOLONGAN SASARAN BELANJAWAN SELANGOR 2022

Antara golongan yang akan terima manfaat daripada Belanjawan Selangor 2022 adalah:

  • Penjawat Awam
  • Ibu dan kanak-kanak
  • Usahawan
  • Golongan B40
  • Penghantar makanan dan barangan
  • Orang asal
  • Belia & Penggiat sukan
  • Wanita
  • Warga emas
  • Penggiat seni budaya





Maklumat yang lebih terperinci untuk bantuan-bantuan di bawah Belanjawan Selangor 2022 akan dikemaskini sekiranya terdapat makluman terbaru.