Kerajaan Negeri Perak meluluskan pelaksanaan Program Transformasi Pekerjaan (Work-Pro) sebagai salah satu inisiatif daripada Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa TVET Negeri Perak dalam menggiatkan usaha membantu permasalahan kelompok terkesan untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka melalui tiga (3) kategori iaitu Latihan Peralihan Tenaga Kerja, Latihan Pengekalan Tenaga Kerja dan Latihan Peningkatan Kemahiran.

Skim Latihan Modular Pacuan Industri Negeri Perak merupakan latihan kemahiran yang dikendalikan melalui usahasama syarikat-syarikat dan institusi latihan kemahiran melalui latihan jangka pendek kepada peserta. Individu berumur 18 tahun ke atas yang berminat sertai latihan kemahiran dan dapatkan tawaran pekerjaan boleh daftar program yang ditawarkan.





MANFAAT PROGRAM

Peserta program ini akan mendapat manfaat berikut:


1. Elaun latihan sebanyak RM500

2. Persijilan di bawah industri

3. Tawaran pekerjaan selepas latihan

4. Latihan secara percuma



SYARAT KELAYAKAN

1. Penduduk di Negeri Perak

2. Berumur 18 hingga 40 tahun



PROGRAM LATIHAN/ JAWATAN DITAWARKAN

Berikut adalah senarai program latihan/ jawatan yang ditawarkan:

1. Juruteknik Automotif, (25 Kekosongan) KAMPAR

2. Welder, Blast & Painting Technician, Fitter ( 45 Kekosongan ) , BATU GAJAH

3. Welder Helper ( 20 Kekosongan ), MANJUNG

4. Service Crew ( 10 Kekosongan ), IPOH

5. Penyelia Penyedia Makanan ( 30 Kekosongan ) , IPOH

6. Pembantu Pastry Chef ( 10 Kekosongan ), IPOH

7. Non Destructive Tester, Welding QC & Inspector ( 36 Kekosongan ), BATU GAJAH
'
8. Machine Technical Operator ( 20 Kekosongan) , PUSING

9. Kitchen Crew ( 10 Kekosongan ), IPOH

10. Kitchen Crew (Chef, Cook, Steward Bartender) (13 Kekosongan), BATU GAJAH

11. CADCAM Draftman, PLC Operator, CNC Operator ( 17 Kekosongan ), BATU GAJAH

12. Service Crew, Front Floor Service Crew (13 Kekosongan), BATU GAJAH

13. Mekanik & Pembantu Mekanik, (9 Kekosongan),SILIBIN



CARA PENDAFTARAN

Kepada rakyat negeri Perak yang berminat untuk menyertai latihan kemahiran PERCUMA yang ditawarkan, sila buat pendaftaran secara online melalui pautan berikut:


Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan program yang ditawarkan anda boleh hubungi pekerja bertugas melalui talian WhatsApp berikut:

  • Azlen – 018 297 4725
  • 019 400 0514