KWSP telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra di bawah Pakej PEMULIH. Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit dengan kadar bayaran secara bulanan bagi meringankan beban kewangan ahli KWSP yang terjejas akibat PKP.

KWSP juga telah memaklumkan Ahli yang telah buat permohonan boleh buat semakan status permohonan secara online. Bayaran bulan Oktober 2021 akan dibuat pada awal bulan. Pemohon dah boleh semak tarikh bayaran i-Citra bulan Oktober masing-masing dan jadual bayaran bulanan secara online.




SEMAKAN STATUS PERMOHONAN I-CITRA


Semakan status permohonan i-Citra boleh dibuat di laman berikut:



TARIKH BAYARAN I-CITRA BULAN OKTOBER 

Bayaran i-Citra DIJANGKA akan dibuat secara berperingkat bermula pada:

  • 1 Oktober 2021

Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh 1 – 3 HARI BEKERJA bergantung kepada prosedur bank. Bagi bayaran secara Arahan Bayaran akan menerima Notis Pengambilan atau dihubungi oleh cawangan KWSP yang dipilih untuk urusan pengambilan Arahan Bayaran.



SEMAK TARIKH BAYARAN SERTA AMAUN BULANAN


1. Log masuk ke i-Akaun KWSP masing-masing. 

2. Masukkan USER ID dan klik NEXT

3. Masukkan PASSWORD dan klik NEXT

4. Klik WITHDRAWAL

5. Di bahagian kiri, klik WITHDRAWAL HISTORY

6. Seterusnya klik di paparan yang ada tulis i-Citra

7. Tarikh bayaran dan amaun bulanan yang dikreditkan akan dipaparkan.


Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848.