Pihak Kerajaan telah mengumumkan Pakej Pemulih sebagai antara inisiatif pemberian bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mengharungi kesan akibat pandemik Covid. 

Salah satu bantuan yang akan diberikan ialah Pemberian Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.

Untuk makluman, bayaran BKC Fasa 1 telah dikreditkan bermula 06 September 2021 yang lalu dan bayaran BKC bagi fasa berikutnya akan dikreditkan mengikut jadual yang ditetapkan.




TARIKH BAYARAN BKC MENGIKUT FASA

Bantuan Khas Covid (BKC) akan disalurkan secara berfasa iaitu pada :


Fasa 2: November 2021

Fasa 3: Disember 2021



KADAR BAYARAN BANTUAN KHAS COVID-19


Kategori Miskin Tegar

Isi Rumah

Fasa 2: RM500
Fasa 3: RM300


Bujang

Fasa 2: RM300


Kategori B40

Isi Rumah

Fasa 2: RM300








MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web berikut bkc.hasil.gov.my/pdf